Sunday 13 April 2014

SAHABAT

Assalamualaikum.. wah2.. hari ni memang hari mengupdate blog la.. almaklum la dah berbulan2 tak buka blog.. alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan mencoretkan kisah disini.. :)

dah seminggu lebih ana bercuti, tipu la cakap x rindu dgn sahabat- sahabat. YES! ana rindu mereka. sahabat-sahabat, selamat bercuti, manfaatkan cuti ini dengan mendalami ilmu agama dan tambah ilmu dan pengalaman.. kalau yg dah nak berbaitul muslim tu, tahniah ana ucapkan, kalau walimah tu, jemput2 la ana disini k,

waaa... i really miss usrah! ya Allah, rindunya usrah di surau seri pinang kampus2..  ana gembira bila datang usrah sbb bila tgok adik2 usrah ketawa, riang gembira, bawa makanan sedap2 membuatkan hati ana rasa gembira dan tenang, hilang segala ketensionan asignment yang berlambak, kerana ana percaya, jika kita bantu agama Allah, Allah akan bantu menegakkan kedudukan kita di Dunia.. bila lagi kta nak usrah sama ye adik- adik dan sahabat- sahabat? rindu nak perey sama.. n tajuk usrah n soalan adik2 mesti soalan yg sama je,, pasal bait al muslim,,hahah,, tambahan pulak ada pakar dalam hal ni..ha2..

Ukhuwahfillah abadan abada ~~

adik-adik n sahabat-sahabat, mungkin pertemuan kita tak berakhir disini, inshaAllah bertemu di lain hari. semoga adik2 n sahabat2 thabat dalam perjuangan islam yang panjang ini, "once u go in, no way out"

Islam xmulia kerana kita, kita yang mulia kerana Islam.. 

buat adik2 kesayangan.. maaf kalau meninggalkan adik2 dalam keadaan ini, harap adik2 berani ke hadapan, untuk mengkaderkan ahli-ahli lagi. Perjuangan ini jangan hentikan. teruslah menyambung rantai- rantai perjuangan ini. Perjuangan menegakkan daulah islamiah ini memang sukar dan berliku2 kerna itu adik2 harus tabah mengharunginya. apa2 keputusan buat bermusyawarahlah. taat kepada pimpinan. inshaAllah kami yang bakal grad ni akan mengharungi tapak yang seterusnya. 

~ mampu tersenyum ketika ditimpa musibah, Itu tanda kita tabah , sebab kita yakin musibah itu yang membuat kita kembali dekat dengan Allah ~

Classmate AS1206B

Assalamualaikum, alhamdulillah, tamat sudah diploma.. kepada classmate AS1206B, thanks coz be such good classmate.. biarlah gambar berbicara ;)
AS1206B ( Diploma In Science)





** kepada Classmate2 ana, ana, nak mintak maaf kalau sepanjang perkenalan 3 tahun diploma ni ada menyakitkan hati kalian, ana doakan semoga semuanya berjaya Dunia Akhirat, jgn lupa roger2 & update apa status anda nanti k.. he2 

Pesanan ana, teruslah menyebarkan wangian islam, dimanapun kalian berada ;)



Cita -cita??

Assalamualaikum.. berkaitan dengan cita- cita? Antum cita- cita nak jadi apa masa kecil? hehe.. bercakap mengenai cita2.. ana memang banyak cita- cita.. dan salah satu cita- cita yang ana impikan sampai ke hari ini adalah nak jadi Doktor.. hehe.. rasa-rasanya mesti ramai di luar sana masa kecil- kecil dulu nak jadi doktor kan? hehe.. tp, tu cuma cita- cita, tp, xmustahil nak capai kan?  hehe.. 


bila buka majalah sekolah dulu2, ana sempat ambik gamba cita-cita ana.. ha2.



baru- baru ni, bertarikh 10 April 2014, ana dapat tawaran Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri ;)

Yeah! tawaran jadi doktor :)

tak mustahil kan? kalau kita nak sesuatu, tak mustahil kta akan dapat yang diinginkan, berdoalah, semoga Allah mengabulkan doa Kalian, cepat atau lambat, hanya Dia yg maha tahu. 
jangan henti berharap..

Kem PLKN Paya indah, Kuala Langat

Assalamualaikum, kaifa halukum, Alhamdulillah, kali ini tercapai juga hasrat ana nak menceritakan zaman plkn. KEM PAYA INDAH, Kuala Langat, Selangor




Ya Allah di sini lah bnyak kenangan terindah yg x dpt diungkap.. walaupun aktiviti lasak dan berjauhan dr family, kerana kehadiran sahabat rapat ana dari dorm 2, Huzaimah, Jane, dan Hasmah asal dari sabah menyerikan hidup ana. Tanpa mereka, mungkin rasa xlengkap je hidup di PLKN tu.. walaupun baru berkenalan, dr situ kta dapat tgok semangat setia kawan mereka. Tak lupa juga kepada cikgu dorm 2, Cikgu Zana yang sporting sgt2.. hehe.. seronok dapat berkenalan dgn cikgu, rumate ana, dr dorm 2 semuanya sangat happening, kepada Cikgu Dayang juga, cikgu kelas ana, terima kasih sangat2, cikgu la yg banyak mengasah bakat ana berdebat sehingga dapt masuk pertandingan final debat PLKN, sebagai ketua lagi tu..hihi.. terima kasih juga hadiah2 yang cikgu berikan, sangat berharga buat saya, kepada rakan2 surau PLKN juga, terima kasih atas jasa baik anda, 

Ahli-ahli dorm 2 ;)



seseorang buat ana kagum dengan ketabahan diri beliau, Ustazah Khairiah. Untuk pengetahuan ustzah, ana sangat sayang ustzah, inshaAllah kita akan berjumpa

Dedikasi buat ustazah khairiah, maaf kalau ana tak reply berpuluh2 msg ustazah. Ye, memang ana ada baca msg yang ustazah krm tu, ana xnak nanti ana akan sedih sbb ana xnak nak ingat kembali knangan indah selama 3 bulan di kem Paya indah. Ya Allah, ana janji, kalau ana dh capai cita- cita ana, ana akan contact ustzah balik, ana xkan lupa ustazah, teman yg paling rapat dengan ana masa PLKN.  

Dan buat sahabat2 yang ana kenal dan yang kenal ana masa PLKN di Kem Paya indah, Kuala Langat, Selangor, ana merindui kalian, semoga kalian dapat capai cita2 masing2. Semoga Allah balas jasa baik kalian, 

keluarga angkat

assalamualaikum warah maturrahi waba rakatuh.. kaifa halukum? lama dah x update blog.. buzy sangat sampai xingat dah psl blog2 ni.. alhamdulillah tanggal 4/4/14 berakhirnya sesi diploma.. yeay!! dah boleh kahwin.. hahhah... bapak ana ckp kalau dah hbis belajar boleh kahwin?? betul ker?? haha.. apa2 pn, menuntut sampai ke liang lahad, selagi rsa ilmu xcukup di dada tu, jgn mimpi la nak kahwin,,hihi

haaaa... baru teringat, baru- baru ni, ana tertemu dgn abah n bapa angkat ana di sebuah kedai makan kat kuching. Ya Allah, terharunya, abah n mak angkat ana masih knal ana,, huhu,, ini emak n abah angkat yg kedua. di kampung sebuyau. hehe..


abah and mak angkat di kampung Sebuyau




tp satu kebenaran yg ana xdapat nak tipu is ana amat merindukan keluarga angkat di senah rayang ( baru- baru ni, kakak angkat ana ada whatsapp ana).. mungkin suasana msa tu menceriakan kot. masa tu ana part 3, selepas pulang dr trip ke Brunei.. ya Allah, sungguh ana merindui zaman itu. mgkin org ya ana minat since part 1 ada jugak take part dalam program anak angkat di senah rayang ni kot. hehe.. betapa ana sangat malu bila bertembung dgn si dia.. haa.. hehe..



Peserta program anak angkat bersama org kampung Senah Rayang


**kenangan yang terindah.. semoga kita bertemu lagi sahabat- sahabat ;)