Sunday 19 October 2014

SAYA DAH BERTUNANG!??



Haaaa.... Ada baca tak ayat kat atas tu,. Dasyat jugakkan bunyi nye.. Marah kot org tu
Tu sebenarnya whatsapp yg sesorg girl ne hantar kat ana.. Huhu.. Dia srh ana sampaikan kpd seseorg,, but saya tak sampai hati pulak nak forward kat lelaki tuh,, anyway,,

first of all, Assalamualaikum wbt n kaifa halukum? My tajuk today is not about emo2 okay, let we begin...


Saya dh ber TUNANG!??


gambar dari blog sorg kakak ni,, nice! teringin pulak jd camtu kan ;)


Poyo kan tajuk tu,, acah je,,, saja nak bagi suspens sikit..hehe

Anyway, sapa pembaca kat post ne dh experience pgalaman ada ikatan aka tunang ne?? Hehehe.. Mesti bykkan,, ye la zaman moden ne,, kalau ada TERtemu sikit laki yg ajak kawen, mudah2 je kan kita angguk dan ckp "i will" ceh.... Hahahaha.. Sweeeet la sgt  -_-

Okay, berbalik kpd tajuk TUNANG td.. Hahha.. 

Maaf sgaja sya memBESARKAN tajuk tu.. Supaya biar pembaca kat sini teruja nak membacanya..ha2
Ne yang saya dpt drpd Blog tarbiah sentap by ustaz Adnin, kredit to ust Adnin.. Best sgt2 post dia,, thumbs up!

- Actually, HUKUM ASAL ‘sesebuah pertunangan’ itu di kira SAH, ialah apabila
kita cakap pada seseorang yang kita ingin berkahwin dengan dia, dan orang
tersebut setuju. - ( ana pun dh refer dgn asatizah2, yup! That true :'( , semua mereka bersependpt psl ni) -



Manakala, ADAT pula ialah perlu cincin, majlis pertunangan yang
di persetujui oleh kedua-dua belah family dan yang kita sedia maklum. ( alaa.. Yang macam buat mcm kenduri kahwin tu yg biasa kita lihat zaman skrg,, heehehe)


Jika kita lihat, kenapa hukum asalnya begitu, kerana, orang zaman islam
dahulu kala, zaman sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin, mereka di didik untuk
menyatakan HAJAT untuk berkahwin dengan seseorang adalah apabila dia
BETUL-BETUL BERSEDIA untuk berkahwin


.
NAMUN, zaman sekarang, lagi-lagi di Malaysia, ramai orang salah gunakan
perkara ini. Ramai remaja dan belia dan mengucapkan kata-kata:


Aku nak jadikan kau sebagai isteri…”
“Aku nak kahwin dengan kau…” xnak org lain, nak kau jugak.. hahah,, itu tmbahan saje,, hee


Dan sebagainya, sedangkan, dia belum BERSEDIA langsung untuk memikul
tanggungjawab ini! Hatta, start umur seawal form 3, dah pandai sebut bab nak
kahwin ni. Dan, sememangnya, pertunangan itu di kira! Bermakna, jika ada
orang lain yang nak kahwin dengan tunang kita itu, di kira HARAM sebab telah di
cop. Dan perempuan tu tak boleh berkahwin selagi tak putuskan pertunangan.



Tapi, masalahnya ialah, hari ni, berapa ramai LELAKI yang MENYEKSA
WANITA dengan mengatakan “Aku nak jadikan kau isteri” , sedangkan dia tak
prepare langsung, xsedia, lepas tu, bertahun-tahun and then, putus
cinta bagai, and then cari orang lain. Apakah?! ( anoyying lerrr bro... o_O)


Sebab tu, ianya adalah SATU DOSA apabila kita menyatakan hasrat nak
memperisterikan seseorang dalam keadaan kita tak bersedia, tak serius, dan
hanya suka-suka!


Saya ulang:

"Ianya adalah SATU DOSA apabila kita menyatakan hasrat nak
memperisterikan seseorang dalam keadaan kita tak bersedia, tak serius, dan
hanya suka-suka! Dosa!" ( siap bold lagi perkataan dosa tuh)


Bak kata Ibn Qayyim:
“Orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum

tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia
cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari
penganiayaan kepada harta!!!”



( Amaran tuu.. Haa,, jaga2 ikhwan2 skalian)

Atas sebab itulah, bagi ana, pada zaman yang penuh dengan fitnah ini,
dalam isu pertunangan, kita MESTI MENGIKUT ADAT (mendapat persetujuan
dari kedua-dua belah pihak, berjumpa dengan family kedua-dua belah pihak,
berkenalan dengan keluarga, adakan majlis rasmi yang menjaga batas syarak,
dan yang sama waktu dengannya. Kerana, ia lebih terhindar dari fitnah,
sekaligus membela MARUAH seorang wanita, dan menjaga perasaan dan
kehormatan seorang wanita! ( im a women too, so i can understand women heart) Sebab selagi xdeclare official or buat majlis hantar cincin tu,, selagi tu takkan serius si teruna tu..


sesiapa yg mempermainkan hati perempuan, sesungguhnya dia adalah musuh Allah dan rasul ( so, be aware ! )




To be continue soon.....



" teruslah menyebar wangian islam di manapun kalian berada "

-Menulis bukan utk mencetus mahu, tetapi menulis skadar ingin memberitahu-