Saturday, 7 March 2015

Menganggu TUNANG orang

AWAS! Entry ni panjang tau, tp banyak pengisian nya =)

Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera pembaca sekalian. lama dah x menulis blog ni,, rasa macam kaku je tangan.


ok, tajuk hot minggu ni MENGANGGU TUNANG ORANG.
jgn salah faham tentang tajuk ini. tiada kaitan dengan diri penulis. Ini hasil pertanyaan seorang sahabat bertanya

Apakah hukum menganggu TUNANG orang tak kisah la lelaki/ wanita. 

Sebelum tu, ana selalu mendengar tempoh pertunangan banyak dugaan,sbb orang kata orang yang bertunang ni darah manis, ye lah time ni jugak ada banyak penganggu, yang tiba2 datang. Orang ke tiga la, ada orang merisik tunang kita la. kita pandai berubah arah la, suka dengan orang lain yang lebih kacak la pulak =P  Ye la, darah manis la katakan.. ( betul ke? Maklum la belum berpunya kan =P , so, tak tau la macam mana kondisi sebenar)

Ana bukanlah sorang asatizah yang sesuai untuk membicarakan hal ini, tetapi, oleh kerana ada yg bertanya, ana memberi tahu sekadar yang ana tahu dan hasil pertanyaan dengan sahabat2 yang lain, mungkin boleh rujuk dengan yang lebih pakar lagi pasal ni ok?

HARAM mengganggu tunang orang dan HARAM mereka yang dah bertunang mencari orang lain untuk dikahwini selagi mana belum diputuskan ikatan tunangan tersebut.


Kenapa haram YE ??

Ø  TUNANG atau mengikat perjanjian untuk menjadikan pasangan itu sah disisi agama. berjanji. berdosa besar sekiranya memungkiri janji

Ø  Bertunang adalah permulaan mengikat tali persahabatan antara dua keluarga. memutuskan persahabatan itu hukumnya dosa. "tidak sempurna iman seseorang sehingga di mengasihi saudaranya sendiri"

Ø  Pertunangan memberitahu masyarakat bahawa pasangan telah berjanji. malu keluarga jika perjanjian tidak dimungkiri. dan masyarakat akan cemur dan tabur fitnah. "sesungguhnya jauhkanlah diri dari fitnah kerana ia satu ibadah"


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: ‘Siapa menipu dan merusak (hubungan) seorang hamba sahaya dari tuannya, maka ia bukanlah bagian dari (golongan) kami, dan siapa yang merusak (hubungan) seorang wanita dari suaminya, maka ia bukanlah dari (golongan) kami ’.

 (Hadits shahîh diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Bazzar, Ibn Hibban, Al-Nasa-a dalam al-Kubra dan Al-Baihaqi)


لَا يَخْطُبُ أَحَدُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ
Maksudnya: "Jangan salah seorang kamu bertunang ke atas tunangan saudaranya".
Dikeluarkan oleh Malik dalam Muwatta, alSyafie dalam Musnadnya, Ahmad dalam Musnadnya, Bukhari dalam Sahihnya (no: 2033)


SITUASI ZAMAN SEKARANG…




Banyak lelaki masih menaruh minat terhadap perempuan yang sudah bertunang. Alasan bahawa ikatan pertunangan boleh diputuskan bila-bila masa saja sering dijadikan alasan lelaki yang ingin merampas tunangan orang.
Bahkan, perempuan yang bertunang juga mudah terpikat kepada lelaki lain kerana ikatan pertunangan sekadar satu janji dan bukannya rugi apa-apa jika diputuskan.

Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan perempuan sudah bertunang sama seperti merampas hak orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang saling ingin memiliki perempuan sama.
Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan. Maka sesiapa yang memutuskan persaudaraan amat dicela sifatnya. Sesungguhnya ditegaskan tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia kasih saudaranya seperti dia mengasihi diri sendiri.

Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang selepas ikatan pertunangan dibatalkan pihak lelaki. Perkara itu mungkin juga berlaku di atas permintaan pihak perempuan dan dipersetujui pihak lelaki.


Perempuan bertunang juga boleh dipinang jika diizinkan tunangnya. Keadaan ini di mana tunangnya bersedia memutuskan pertunangan jika ada lelaki lain ingin meminang tunangnya. Hakikatnya, pertunangan itu belum diputuskan sehingga ada lelaki lain meminang perempuan itu.


Rasulullah bersabda bermaksud: 

Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehinggalah lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya atau mengizinkannya. (Hadis riwayat Bukhari).


wallahu'alam, sekadar memperingati


Sunday, 1 March 2015

Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam



“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”



” Maybe kot. Try search kat google..”


” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”


“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”


Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.





Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.

Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.

Apa peranan imam dalam solat?

Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN


Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.

” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


MENCARI SEORANG IMAM


Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
.
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG


Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
.

ASALKAN DIA BAIK ?


Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.

Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?

Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

hayya! let go to jannah together =)

“CARILAH”...

LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA.
.

Wednesday, 25 February 2015

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka



Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk sambilmenangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis maka dia pun berkata: “Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?”

Maka berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan kedalam neraka.” 
Berkata orang tua itu. “Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.”


Berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ran- ting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”
Berkata orang tua itu, sambil menangis: “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”.


bagaimana kesudahan kita nanti? Allahu, semoga Allah ampunkan segala dosa2 kita 

Monday, 16 February 2015

C.U.R.A.N.G

Peringatan awal;

Kisah di bawah ni hasil copy dari seseorang yang mugkin boleh djadikan teladan dan mgkin ada betulnya jugak apa yg ingin dsampaikan,, selamat membaca :)


Assalamualaikum wbt, hari yang ckup mendung dan hujan2 sekarang ni mcam paham2 je diri ini tgh kesedihan.. hmmm.. sedih kan bila orang yg kita sayang curang depan mata kita kan. walaupun benda dah berlalu, susah nak lupakan. kita ni sedaya upaya setia dengan si dia, tp dia pulak sedaya upaya curang dengan kita,, nampak vice versa d situ kan   (sedih sgt bila baca msg lama dia dgn perempuan lain, lepas ni xde bukak fb awk lg)


" Pilihlah si dia yang mencintai dan mengutamakan mu daripada si dia yang engkau cintai tapi menjadikanmu pengemis perhatian "

deep kan ayat tu..

If u succeed in cheating someone, don't think that the person is a fool. realize that the person trusted you much more than u deserved!

bila fikir2, laki ni kan manis mulut nya.. berjanji bagai, kalau berjanji tu.. perrgghh.. memang cair woo.. but at last xmenepati janji.. di tanya sebab apa?? jawabnya sebab nafsu? hmmm, maaf la saya xdapat menjadikan lelaki sebegitu untuk jd calon suami. oh my,, except kalau dia betul2 berubah..setakat berjanji setia tu belum cukup untuk kita kaum perempuan ni percaya.  but u must remember this guys, Once i trust u, if u broke my trust, no more chance for u! haha.. kejam kan saya ni,,

 
dan satu jugak, perempuan ni susah nak melupakan kisah silam yang menyakitkan hati dengan org yg dia pernah sayang (No! jgn pernah srh perempuan tu lupakan kisah silam except kalau kau sendiri tu yg betulkan kesilapan dan buat dia bahagia kembali, dengan cara tu je si perempuan dpt lupakn kisah silam tu dgn spontan)

yeah! that true.. now i realised that betul la kata org.. mencintai x bermaksud memiliki.. from now on, I dont need the man that i love but i need the man who loves me & never cheat on men & never treat me like a toy , used only                                                                                          when necessary, such a foolish guy! 

Org pernah ckp that, nanti, kalau nak kahwin, kahwin la dengan lelaki yg ko cintai, yg ko sayangi..sweet & bahagia rumah tangga tu nanti.  but  suddenly I think hey! , why should we married someone that we love sedangkan dia tu xda pa2 perasaan pun dgn u . kesian kan.mcm menagih simpati la pulak. dan potensi untuk suami u kahwin satu lagi atau curang adalah besar kalau situasi macam tu . such a pity,, saya cakap yg sya tak perlukan laki yg saya d cintai dan saya perlukan lelaki yang mencintai sya kerana perempuan ni mudah untuk mencintai , tetapi laki ni, dia kalau dah sygkan perempuan tu susah dia nak melupakn nya( except laki yg sweet talker, yg ckp je syg, tp dlm hati da perempuan lain). fikir la beb, kalau dah berkali2 curang, ada ke masa dia nak setia? fikirkanlah..

kalaulah awk yg lelaki tu berada di tempat perempuan tu.. perempuan curang kat dia, aktif call dan msj l lelaki lai dan lupakn awk dan ajak laki lain tu skandal.. apa perasaan awk? marah x? 
 (saya tak pernah buat mcm tu okay, walaupun ada jugak keinginan nak balas dendam)

pesanan buat kaum adam di luar sana, tak kira la yg dh berkahwin ke, yg dh bertunang ke, yg tgh2 nak usha2 perempuan tu, kalau terfikir nak curang tu, fikir 2-3 kali, letakkan dr anda ke tempat perempuan tu,, fikir apa perasaan perempuan tu, jgn kerana nak keseronokan dr, org lain menjadi mangsa, n yet, u must remember this, eventhough in islam we dont have karma, but in islam we have kaffarah, u surely will get punishment on what u have done, get it?

and one more thing, if u xnak dah kat perempuan tu, breakup cara baik, bagi tau elok2, jgn nak main cheating2 or blah macam tu ajeee. u should remember all the promises that u've made before this. grow up & be matured la beb! cheating is not a thing u should practice in ur life. come on la bro, if u don'e want her anymore, SAY IT, so that she can move on. perempuan tu pun ada maruah jugak. kot2 u tu yg xde maruah kot..mmm



last but not least, I'm  sorry because of my emosional writing, this is because it come from the bottom of my heart. u will never wrote this if u dont have experience bout this. remember this guy, if u loose someone that love u, cares bout u, u r so loser! u will never meet someone like her in future, dont ever regret it

Pesanan saya disini, 

1. tak perlu terlalu sedih jika dicurangi atau putus hubungan, tetapi ucapkanlah Alhamdulillah sebab di jauhkan dari orang yang tidak pandai menghargai 
2. carilah org yg betul2 cintakan kita, org yg betul2 cintakan kita xkan curang walaupun banyak dugaan melanda
3. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa si dia bukanlah pilihan yg terbaik untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan



Seorang Philosophy  Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.”

Sunday, 15 February 2015

R.I.N.D.U

Assalamualaikum wbt. kaifa halukum. pada entri kali ini, kita akan membiicarakan tentang R.I.N.D.U, psst.. mode tgh sedih ni.. baru lepas deactive FB =(


Yeah, word "Rindu" is too general. Apa pula pandangan pembaca tentang rindu??


adakah perasaan rindu itu perlu diterjemahkan mcm dalam gambar di bawah ni =P ?? haha


rindu itu CURANG, kenapa pulak Curang ye?? sebab perasaan tu sentiasa bertambah dan kita tak tau macam mana nak mengurang kan nya.. pahe ke dok? he2.. fikir2 kan lah


Kakak, abang, kawan-kawan dan adik-adik sekalian,

Mari, pernah tak kita rindukan Rasulullah s.a.w, sebagaimana rindu kita pada orang yang kita sayang? Hadiahkanlah Surah Al-Fatihah buat baginda.

Apa kata kita dahulukan Al-Fatihah tersebut buat diri sendiri dahulu. Sedekahkan Al Fatihah buat diri yang suka lari dari mengingati Tuhan. Kekadang,perlu baca Surah Yasin jugak buat diri macam kita baca untuk orang dalam nazak. Sebab kita selalu tercungap-cungap dalam bab ibadah, tak cukup nafas selalu. Tapi kalau bab seronok duniawi, tabarakallah, tak cukup tanah jalan. [ouch! sentap -_-]

Aishhh, cheogmal?!

Dahulukan juga pahala tersebut buat kedua-dua ibu bapa kita. Jadilah kita aset pahala dan bukan aset dosa buat mereka. Ya, meski mereka ada di depan mata. Tak pernah terlambat untuk berbakti buat mereka.

Seterusnya, alirkan kerinduan itu juga buat ahli keluarga dan para sahabat yang sudah tiada.

Kemudian, buat semua sahabat kenalan kita dunia dan akhirat. (Yes, its you my lovelies!)

( maaf atas sahabat yg lain sbb xjumpa lgi gamba2 kita, ni je yg tggal =( )


Jangan dilupa, Al-Fatihah buat saudara seakidah kita di serata dunia. Moga mereka dalam lindungan Allah selalu, dan diberi kekuatan untuk pertahankan akidah mereka meski diseksa.

Jom, kita cuba jadi orang pemurah dalam memberi sedekah pahala. Kita niatkan pahala bacaan Al-Fatihah itu buat mereka. Moga lebih utuh kasih sayang sesama kita.

Bukankah doa sahabat yang mendoakan sahabatnya yang lain tanpa diketahui, itu antara doa yang paling mustajab? seriusly mode tengah rindu sangat2 shabat.. emo la pulak T_T,, Jadi, mari kita banyakkan berdoa sambil bersedekah.

Kadang, kita tiada harta untuk dihulur, tiada kudrat untuk membantu, terlalu jauh pula untuk menggapai tangan-tangan mereka yang kita sayangi, apatah lagi memandang tepat ke wajah mereka dengan penuh kasih. Cukuplah, mereka sentiasa hadir dalam lubuk ingatan kita yang terdalam sambil merindui mereka dalam diam.

p/s: kalau nak kata (Ana uhibbuki antum lillahi taalaI LOVE YOU FOR THE SAKE OF ALLAH lagi awesome!

AMARAN KERASS: I tak nak U cakap kat BF,GF or tunang atau mereka-mereka yang tak halal/sah lagi buat anda okeh, I suruh U cakap I LUV U kepada ahli keluarga dan sahabat sejantina sahaja. Jangan nak mengada-ngada, taw! Nanti dapat dosa free U. I dah bagi 
tahu…jgn lupa tuu ..

ehem, saje je post gamba ni skali, =P


~ teruslah menyebarkan wangian Islam di manapun kalian berada ~

#semoga Allah reda syg, 

Monday, 26 January 2015

Unintended =(

Assalamualaikum wbth, kaifa halukum? jika sihat, alhamdulillah, semoga Allah kurniakan nikmat kesihatan untuk kita supaya mudah kita untuk meningkatkan lagi amal ibadah kita.

hari ni tetiba pulak KLMJ bila terdengar lagu feveret masa form 3 dulu ( ada kisah di sebalik lagu ni). xsedar dah 7 tahun dah berlalu..hmmm, apa2 pun bagi yang xpernah dengar dan yg pernah dgr lagu ni, jom hayati lirik lagu ni, selamat mendengar.. AWAS! lagu ni ada elemen lagho ye.. biase la masa muda2 dulu asyik ingat nak bercinta je keje nye -_- ..



Unintended by Muse

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love

You could be the one who listens
To my deepest inquisitions
You could be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken
Pieces of the life I had before

First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken
Pieces of the life I had before
I'll be there as soon as I can

But I'm busy mending broken
Pieces of the life I had before
Before you

sila click link ini utk melihat video lagu ini


Alahai, jiwang pulak entri ni, jgn termuntah pulak ye.. xde kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada

Saturday, 17 January 2015