Permainkan perasaan orang?
Mgkin saya boleh taklifkan disini bahawa orang yang mepermainkan perasaan orang
ni adalah manusia yang xtau erti bersyukur. Tak pernah puas dgn apa yang ada. Dah
dapat yang baik tp masih lagi mencari. Kalau setakat mencari yang terbaik tu
saya tak kisah. Memang betul mencari yang terbaik utk dijadikan pasangan hidup
tu penting bagi baitul muslim yang di bina sbb kta kahwin ni bukan utk setahun
dua, tp utk selama-lamanya, yang dapat jadi penaman hidup kita di hari tua dan
ada disisi kita di kala susah dan senang. Tp ni tak, dah da ikatan dengan
seseorg tp asal temu je perempuan yang cantik sikit dari yang sebelumnya terus
lamar dan ajak tunang. Wujud ke fenomena bertunang dengan ramai2 org? menabur
janji2 pada semua org. berani tipu dan janji dengan nama Allah kat semua orang demi nak dapatkan kepuasan
nafsu. Dah berapa ramai dah perempuan yang dilamar tu?? Saya fikir ini hanya berlaku
dalam drama2 kat tv je tp rupanya kisah ni memang betul2 berlaku. Wujud jgak
org macam ni ye? -_- Allahu robbi
_kepada si dia, insaf2 lah
ye, blajar utk mengahargai. jgn sampai masa nak kahwin nanti orang buat benda yang sama kat awk pulak_
what goes around, comes around
Perlu ingat ye,
Oleh kerana terbiasa
mempermainkan perasaan perempuan,Semakin lama, mereka seolah melupai bahawa
soal cinta dan perasaan juga adalah perkara yang akan dipersoalkan dihadapan
Allah ta’ala pada hari kiamat kelak.
Mempermainkan
perasaan seorang manusia , samada lelaki atau wanita , adalah satu bentuk
kezaliman yang jelas sekali ditegah oleh Islam. Bisa lidah boleh menghiris
hati. Terluka di hati lebih terkesan dari terluka di tangan atau kaki. Apakah
kira2 kezaliman seperti ini tidak akan dibalas oleh Allah?
Begitu juga dengan sebilangan
kisah2 lelaki yang merasa seronok apabila ramai yang meminati , kemudian
mengumpan dan akhirnya menyakiti tanpa rasa bersalah. Akhirnya sehingga lanjut
usia Allah tidak hadirkan pasangan yang dia idam2kan. Bagi wanita bergelar
andartu, bagi lelaki mendapat status bujang terlajak.
Hari ini mungkin kita disakiti kerana pernah menyakiti. Bagi yang menyakiti kita, serahkan sahaja kepada Allah. Dia lebih tahu bagaimana mengajar hambaNya. Yang pasti, orang yang menyakiti kita akan turut merasai kesakitan yang sama, bahkan mungkin lebih lagi. Apalah ertinya bahagia dalam kedukaan insan lain? Saya, anda dan mereka mungkin pernah merasai dan melalui- sebagai insan yang belajar tentang kehidupan.
Lupakah kita tentang sebuah hadith yang berbunyi :
” Takutilah doa orang yang dizalimi , kerana tiada hijab antaranya dengan Allah ta’ala"
Fahamilah ia, sebagai pengajaran atas nama ‘ amaran cinta ‘

No comments:
Post a Comment