Monday, 26 January 2015

Unintended =(

Assalamualaikum wbth, kaifa halukum? jika sihat, alhamdulillah, semoga Allah kurniakan nikmat kesihatan untuk kita supaya mudah kita untuk meningkatkan lagi amal ibadah kita.

hari ni tetiba pulak KLMJ bila terdengar lagu feveret masa form 3 dulu ( ada kisah di sebalik lagu ni). xsedar dah 7 tahun dah berlalu..hmmm, apa2 pun bagi yang xpernah dengar dan yg pernah dgr lagu ni, jom hayati lirik lagu ni, selamat mendengar.. AWAS! lagu ni ada elemen lagho ye.. biase la masa muda2 dulu asyik ingat nak bercinta je keje nye -_- ..



Unintended by Muse

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love

You could be the one who listens
To my deepest inquisitions
You could be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken
Pieces of the life I had before

First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken
Pieces of the life I had before
I'll be there as soon as I can

But I'm busy mending broken
Pieces of the life I had before
Before you

sila click link ini utk melihat video lagu ini


Alahai, jiwang pulak entri ni, jgn termuntah pulak ye.. xde kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada

Saturday, 17 January 2015

Thursday, 15 January 2015

Asif


Assalamualaikum wbth, this entry i dedicate to someone, sorry for my mistake, i will fix it out.


people ask me, y choose u? the simple answer is coz u r amazing just the way u r. 
haha.. mcm angkat bakul sendiri je..haha

Wednesday, 14 January 2015

Ok bossss!

Assalamualaikum wbt, nampaknya tajuk kat atas tu xde kena mengena dgn entri kali ini,, haha..kepada yg terasa kepada ayat kat atas,  opsss, sori taw.. =P

Lama dah tak menulis ni, so idea memang dah xde, cuma ana nak ucapkan syafakallah untuk seseorg yg istimewa( "dai" bukan nama sebenar) haha.. kalau yang terasa tu dah baca entri ni, jgn tersengeh2 pulak ;)


"Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman"
"semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.


Semoga cepat sembuh, inshaAllah, sakit pun merupakan salah satu dari kafarah dosa, semoga Allah menggugurkan dosa2 tu sebagaimana kita menahan sakit itu. ni memang musim sakit sbb kebelakangan ni cuaca xmenentu, dan tak lupa juga kepada warga2 kelantan, terengganu, pahang dan negeri2 yang terkena banjir, tabahlah menghadapi ujian Allah ini, ujian Allah menunjukkan Allah syg kat kita, dia xnak kita menghadapnya dalam keadaan dosa, So Allah bagi ujian dan peluang untuk membersihkan diri kita dari dosa.. Allahu, bertabahlah saudara/ri ku di manapun antum berada, Allah always be with us as long as we want too. 


Bila kita melihat sesuatu yang terjadi dengan kaca mata "ISLAM" dan "IMAN", kita melihat semuanya adalah kebaikan.. ^_^

Nabi SAW bersabda bermaksud:

“Tidak ada sesuatu menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan,
kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan mengingatkan apa yang berlaku sehinggakan tikaman duri mencucuknya
melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosanya.”

(Hadis riwayat Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah)




Ahh, baru teringat, rasanya kali ni nak post pasal kecelaruan hati, <3


Under Construction Sign 2

ceh? Bunyi mcm serius je,, haha,, skrg ne ada 3 pilihan yg mengetuk pintu hati, yg mana ye harus dipilih?? Ketiga2 nya bagus, ok, rasamya xsesuai la nak buat perbincangan di sini, , hahha its too open for personal problem,, haha,, tggu pd next entri la ana describe satu persatu,, salam, 




~ teruskanlah menyebarkan wangian islam di manapun kalian berada ~ 

Don't judge A book by its cover!

Assalamualaikum wbth, kaifa halukum? hari ni terdetik pulak hati ni nak post psl tawaran2 belaja yg ana pernah dpt dan pernah tolak, bukan niat nak menunjuk, but, to be honest,  ana ada terkecil hati sedikit bila ada dgr cakap2 dr org yang mengatakan ana tak layak untuk sambung degree sbb result x seberapa . ( nak jgak aku show result aku nanti, CGPA first class okay! -_-) ramai jugak yang tanya ana, xsambung degree lagi ke?? knapa xsambung belajar lagi, result x bagus eh?? ( senyum dan diam, tu je yang mampu, nak eksplen pun bukannya org sudi dgr, asyik nak kondemkan org je. such a typical malay! )tu la antara soalan2 yang sering di dengari kalau berjumpa dengan sesiapa, sbb tu la rasa xnak je jumpa dengan sesiapa buat masa ni..huhuhu..tp, biasalah kan? penilaian org berlainan..masa ni, husnudzon itu lebih penting.. ok lah xnak ckp byk, makin bertambah emosional dlm hati ni.. ana nak show offer letter yg pernah ana dpt mengikut tarikh dpt offer..


Sarjana Muda Perubatan Dan Surgery, MESIR

Sarjana Muda Perubatan, RUSIA

Temuduga Biasiswa UiTM Program Sarjana Muda Perubatan Di Universitas Hasanuddin, INDONESIA

UITM Di <3 ku , ada lagi offer letter UiTM yg lain, tp xtau mana letak T_T

UTP- Universiti Teknologi Petronas ambilan Januari 2015
( TOLAK - jgn tanya apa sbb, ada la sbb nye -_- )
Master of Engineering (MEng) Chemical Engineering, University of Sheffield, ENGLAND


Master of Engineering (MEng) Chemical Engineering, University of Birmingham, ENDLAND

Perasan x? kebanyakkan offer dari oversea, mungkin rezeki ada kat sana kot?? doa2 kan, but for meantime, i still waiting uitm intake march 2015 ni.. UiTM di Hati ku..haha, keep calm, and pray for the best. dh habes study, boleh la nikah! yay.. (-_- poyo je lebih , calon pun belum ada nee..hmmm)

Sunday, 19 October 2014

SAYA DAH BERTUNANG!??



Haaaa.... Ada baca tak ayat kat atas tu,. Dasyat jugakkan bunyi nye.. Marah kot org tu
Tu sebenarnya whatsapp yg sesorg girl ne hantar kat ana.. Huhu.. Dia srh ana sampaikan kpd seseorg,, but saya tak sampai hati pulak nak forward kat lelaki tuh,, anyway,,

first of all, Assalamualaikum wbt n kaifa halukum? My tajuk today is not about emo2 okay, let we begin...


Saya dh ber TUNANG!??


gambar dari blog sorg kakak ni,, nice! teringin pulak jd camtu kan ;)


Poyo kan tajuk tu,, acah je,,, saja nak bagi suspens sikit..hehe

Anyway, sapa pembaca kat post ne dh experience pgalaman ada ikatan aka tunang ne?? Hehehe.. Mesti bykkan,, ye la zaman moden ne,, kalau ada TERtemu sikit laki yg ajak kawen, mudah2 je kan kita angguk dan ckp "i will" ceh.... Hahahaha.. Sweeeet la sgt  -_-

Okay, berbalik kpd tajuk TUNANG td.. Hahha.. 

Maaf sgaja sya memBESARKAN tajuk tu.. Supaya biar pembaca kat sini teruja nak membacanya..ha2
Ne yang saya dpt drpd Blog tarbiah sentap by ustaz Adnin, kredit to ust Adnin.. Best sgt2 post dia,, thumbs up!

- Actually, HUKUM ASAL ‘sesebuah pertunangan’ itu di kira SAH, ialah apabila
kita cakap pada seseorang yang kita ingin berkahwin dengan dia, dan orang
tersebut setuju. - ( ana pun dh refer dgn asatizah2, yup! That true :'( , semua mereka bersependpt psl ni) -



Manakala, ADAT pula ialah perlu cincin, majlis pertunangan yang
di persetujui oleh kedua-dua belah family dan yang kita sedia maklum. ( alaa.. Yang macam buat mcm kenduri kahwin tu yg biasa kita lihat zaman skrg,, heehehe)


Jika kita lihat, kenapa hukum asalnya begitu, kerana, orang zaman islam
dahulu kala, zaman sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin, mereka di didik untuk
menyatakan HAJAT untuk berkahwin dengan seseorang adalah apabila dia
BETUL-BETUL BERSEDIA untuk berkahwin


.
NAMUN, zaman sekarang, lagi-lagi di Malaysia, ramai orang salah gunakan
perkara ini. Ramai remaja dan belia dan mengucapkan kata-kata:


Aku nak jadikan kau sebagai isteri…”
“Aku nak kahwin dengan kau…” xnak org lain, nak kau jugak.. hahah,, itu tmbahan saje,, hee


Dan sebagainya, sedangkan, dia belum BERSEDIA langsung untuk memikul
tanggungjawab ini! Hatta, start umur seawal form 3, dah pandai sebut bab nak
kahwin ni. Dan, sememangnya, pertunangan itu di kira! Bermakna, jika ada
orang lain yang nak kahwin dengan tunang kita itu, di kira HARAM sebab telah di
cop. Dan perempuan tu tak boleh berkahwin selagi tak putuskan pertunangan.



Tapi, masalahnya ialah, hari ni, berapa ramai LELAKI yang MENYEKSA
WANITA dengan mengatakan “Aku nak jadikan kau isteri” , sedangkan dia tak
prepare langsung, xsedia, lepas tu, bertahun-tahun and then, putus
cinta bagai, and then cari orang lain. Apakah?! ( anoyying lerrr bro... o_O)


Sebab tu, ianya adalah SATU DOSA apabila kita menyatakan hasrat nak
memperisterikan seseorang dalam keadaan kita tak bersedia, tak serius, dan
hanya suka-suka!


Saya ulang:

"Ianya adalah SATU DOSA apabila kita menyatakan hasrat nak
memperisterikan seseorang dalam keadaan kita tak bersedia, tak serius, dan
hanya suka-suka! Dosa!" ( siap bold lagi perkataan dosa tuh)


Bak kata Ibn Qayyim:
“Orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum

tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia
cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari
penganiayaan kepada harta!!!”



( Amaran tuu.. Haa,, jaga2 ikhwan2 skalian)

Atas sebab itulah, bagi ana, pada zaman yang penuh dengan fitnah ini,
dalam isu pertunangan, kita MESTI MENGIKUT ADAT (mendapat persetujuan
dari kedua-dua belah pihak, berjumpa dengan family kedua-dua belah pihak,
berkenalan dengan keluarga, adakan majlis rasmi yang menjaga batas syarak,
dan yang sama waktu dengannya. Kerana, ia lebih terhindar dari fitnah,
sekaligus membela MARUAH seorang wanita, dan menjaga perasaan dan
kehormatan seorang wanita! ( im a women too, so i can understand women heart) Sebab selagi xdeclare official or buat majlis hantar cincin tu,, selagi tu takkan serius si teruna tu..


sesiapa yg mempermainkan hati perempuan, sesungguhnya dia adalah musuh Allah dan rasul ( so, be aware ! )




To be continue soon.....



" teruslah menyebar wangian islam di manapun kalian berada "

-Menulis bukan utk mencetus mahu, tetapi menulis skadar ingin memberitahu-

Tuesday, 22 July 2014

Permainkan perasaan orang? -_-

Permainkan perasaan orang? Mgkin saya boleh taklifkan disini bahawa orang yang mepermainkan perasaan orang ni adalah manusia yang xtau erti bersyukur. Tak pernah puas dgn apa yang ada. Dah dapat yang baik tp masih lagi mencari. Kalau setakat mencari yang terbaik tu saya tak kisah. Memang betul mencari yang terbaik utk dijadikan pasangan hidup tu penting bagi baitul muslim yang di bina sbb kta kahwin ni bukan utk setahun dua, tp utk selama-lamanya, yang dapat jadi penaman hidup kita di hari tua dan ada disisi kita di kala susah dan senang. Tp ni tak, dah da ikatan dengan seseorg tp asal temu je perempuan yang cantik sikit dari yang sebelumnya terus lamar dan ajak tunang. Wujud ke fenomena bertunang dengan ramai2 org? menabur janji2 pada semua org. berani tipu dan janji dengan nama Allah kat semua orang demi nak dapatkan kepuasan nafsu. Dah berapa ramai dah perempuan yang dilamar tu?? Saya fikir ini hanya berlaku dalam drama2 kat tv je tp rupanya kisah ni memang betul2 berlaku. Wujud jgak org macam ni ye? -_- Allahu robbi


_kepada si dia, insaf2 lah ye, blajar utk mengahargai. jgn sampai masa nak kahwin nanti orang buat benda yang sama kat awk pulak_ what goes around, comes around

Perlu ingat ye,

Oleh kerana terbiasa mempermainkan perasaan perempuan,Semakin lama, mereka seolah melupai bahawa soal cinta dan perasaan juga adalah perkara yang akan dipersoalkan dihadapan Allah ta’ala pada hari kiamat kelak.
Mempermainkan perasaan seorang manusia , samada lelaki atau wanita , adalah satu bentuk kezaliman yang jelas sekali ditegah oleh Islam. Bisa lidah boleh menghiris hati. Terluka di hati lebih terkesan dari terluka di tangan atau kaki. Apakah kira2 kezaliman seperti ini tidak akan dibalas oleh Allah?

Begitu juga dengan sebilangan kisah2 lelaki yang merasa seronok apabila ramai yang meminati , kemudian mengumpan dan akhirnya menyakiti tanpa rasa bersalah. Akhirnya sehingga lanjut usia Allah tidak hadirkan pasangan yang dia idam2kan. Bagi wanita bergelar andartu, bagi lelaki mendapat status bujang terlajak.



Hari ini mungkin kita disakiti kerana pernah menyakiti. Bagi yang menyakiti kita, serahkan sahaja kepada Allah. Dia lebih tahu bagaimana mengajar hambaNya. Yang pasti, orang yang menyakiti kita akan turut merasai kesakitan yang sama, bahkan mungkin lebih lagi. Apalah ertinya bahagia dalam kedukaan insan lain? Saya, anda dan mereka mungkin pernah merasai dan melalui- sebagai insan yang belajar tentang kehidupan.

Lupakah kita tentang sebuah hadith yang berbunyi :

” Takutilah doa orang yang dizalimi , kerana tiada hijab antaranya dengan Allah ta’ala"

Fahamilah ia, sebagai pengajaran atas nama ‘ amaran cinta ‘