"Kau pun bukan ustaz. Jangan terlalu memilih. Terima je. Nanti tak kahwin sampai tua".
Aku bukan seorang ustaz. Bukan juga dari sekolah agama. Belajar di Mesir dan Jordan apatah lagi. Aku adalah seorang hamba Allah. Seorang yang sentiasa berusaha menggapai redha Ilahi. Bukan seorang yang sempurna. Namun, aku sentiasa berusaha mencari kesempurnaan.
Mencari seorang isteri atau suami untuk melangsungkan perkahwinan sememangnya senang. Namun, sukar untuk mencari seorang isteri solehah untuk mendirikan rumah tangga sehingga ke syurga. Mencari sebenar-benar suami yang soleh mengemudi bahtera yang di bina. Baitul Muslim.
Begitulah bezanya majlis perkahwinan dan rumah tangga. Ramai fokus kepada perkahwinan sehingga mengendahkan perkara yang lebih penting, iaitu persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
"Tak pe, kalau kahwin nanti aku berubah la jadi baik. Jadi rajin."
Mungkin ada yang berjaya, tapi aku tetap yakin ramai yang tak berjaya. Jadi, persediaan sebelum bernikah lebih penting.
Maka, persiapkan diri. Jom jadi lelaki soleh dan baik! Wanita yang solehah dan mukminah!
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia"
(Surah an-Nur ayat 26)
one day, InshaAllah |
Persediaan Sebelum Bernikah
1) Biasakan diri untuk solat berjemaah di surau atau masjid.
Alhamdulillah, bagi yang sebati solat 5 waktu sehari semalam. Namun, kebiasaannya solat subuh berjemaah yang paling sukar. Selain itu, cuba untuk menjadi imam. Seorang isteri yang solehah ingin menjadi makmum kepada suaminya. Bayangkan satu situasi.
"Abang, boleh jadi imam solat sayang tak?" Kata si isteri dengan penuh harapan. Jika kita sudah terbiasa menjadi imam, insyaAllah tidak ada masalah. Tetapi, jika tidak biasa?
2) Lazimi amalan-amalan sunah/sunat/hasan.
Terlalu banyak perkara-perakara yang baik untuk dilalukan. Berzikir ketika mempunyai masa terluang seperti sedang memandu kenderaan atau sedang berjalan-jalan adalah lebih baik dari hanya menekan pedal tanpa ada ibadah untuk diiringkan . Membaca Al-Quran sebelum atau selepas solat juga selalukan lah mengamalkannya, apatah lagi solat dhuha setiap hari.
Lakukan solat tahajud sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jika diri sudah tersiap, maka tidak mempunyai masalah untuk membimbing isteri dan anak-anak. Indah kan, kalau mampu bersama-sama isteri, saling mengejutkan untuk qiamullail. Suami merenjiskan air pada muka isteri, membelai dengan penuh kasih sayang.
"Sayang, mari kita solat tahajud", kata si suami mengejutkan isteri. Romantik, kan?
"Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam"
(Surah al-Insan ayat 26)
Hadiri majlis-majlis ilmu dan ceramah agama. Ikuti usrah kerana sekurang-kurangnya kita berada dalam lingkungan yang selalu memberi peringatan antara satu sama lain. Baca lah buku-buku dan majalah agama kerana ianya dapat membantu peningkatan iman. Jangan lupa untuk mencari bahan bacaan berkaitan pernikahan. Persiapkan diri menuju gerbang perkahwinan. Antara bahan bacaan yang boleh baik antaranya penulisan Ustazah Fatimah Syarha. Novel-novel dan buku motivasinya sangat memberi manfaat.
Jika ada masa terluang, tonton lah video-video di 'Youtube' mengenai ceramah agama seperti Ustaz Don, Ustaz Azhar Idrus, dan Ustaz Kazim. Segalanya di hujung jari!
4) Sibukkan diri dengan kerja-kerja dakwah dan penganjuran program.
Terlibat dalam organisasi untuk menganjurkan program ilmiah sememangnya latihan yang baik sebelum menempuh alam perkahwinan. Kita akan terbiasa dengan aktiviti-aktiviti yang memotivasikan diri dan orang lain. Kenapa perlu terlibat? Kerana seorang daie perlu menjadi kreatif! Fokus penganjuran program adalah kepada peserta. Jika sudah berkeluarga nanti, maka anak-anak dan isteri pula akan menjadi 'peserta'. Suami perlu kreatif dalam mendidik anak-anak dan isteri. Pelbagaikan 'method' dan 'modul' agar keluarga menjadi ceria.
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)......."
(Surah at-Tahrim ayat 66)
5) Biasakan diri melakukan kerja-kerja rumah.
Jangan hanya biarkan ibu atau kakak sahaja yang melakukan kerja rumah. Ringankan tulang untuk membantu. Sungguhpun anda seorang lelaki! Bantu mengemas rumah, membasuh baju, melipat kain, membasuh pinggan, dan kerja-kerja lain. Jika sudah ringan tulang sebelum bernikah, maka setelah bernikah pula tidak mempunyai masalah dalam melakukan kerja-kerja tersebut. Jangan biarkan isteri seolah-olah menjadi orang gaji di rumah. Ringankan tugas isteri. Isteri akan lebih menyayangi anda. Anda pasti suka melihat isteri anda tersenyum gembira.
Tidak salah suami membantu isteri. Rasulullah juga adalah antara sebaik-baik suami di dalam rumahtanga. Bukan sahaja ketua negara, tetapi tetap ringan tulang di dalam menguruskan keluarga baginda. Maka jelaslah, martabat seorang suami tidak akan jatuh jika membantu isteri membuat kerja-kerja di rumah bahkan ianya dapat mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri.
6) Perbaiki hubungan sesama ahli keluarga, sahabat, dan masyarakat.
Berikan senyuman kepada semua. Tidak kira samada kita dalam keadaan letih atau tidak. Biasakan diri untuk jadi peramah dengan orang sekeliling kita. Berikan salam dan bersikap baik dengan orang yang lebih tua. Kemudian, jika kita mempunyai masalah, cuba bersabar. Istighfar. Selesaikan dengan cara berhikmah. Ringankan tulang untuk membantu orang di sekeliling kita yang mempunyai masalah. Jadikan diri ini bermanfaat kepada orang lain. Maka jika sudah beristeri nanti, kita akan mampu menjadi suami yang baik.
Nabi saw bersabda;
"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Inginkan isteri yang solehah, maka perlu persiapkan diri menjadi soleh juga. Kan?
Yakinkan Ibu Bapa Dengan Perancanganmu!
Bentangkan perancangan di hadapan ibu bapa. Ajak mereka untuk berbincang. Ibu bapa pula perlu bersikap terbuka apabila si anak ingin membentangkan perancangannya untuk berkahwin. Jangan terus menghalang. Membuatkan anak seolah-olah melakukan suatu kesalahan besar. Dengar dahulu pendapatnya. Kerana dia juga anak kalian. Darah daging kalian.
Zaman dahulu tidak sama dengan zaman sekarang. Cabarannya juga jauh berbeza. Perlu pandai menilai kemampuan anak.
Si anak pula, jangan hanya berkata "Saya nak kahwin. Mak dan abah kena izinkan."
atau seakan mengugut "kalau mak tak izinkan, along kahwin lari"
Pada anak-anak, usah terus mengencang. Raihlah pendapat orang tua kerana di situ kunci keberkatan.
Tetapi, di mana persiapanmu? Adakah sudah cukup bertanggungjawab pada diri, dan ingin bertanggungjawab menjaga anak orang pula?
Tunjukkan kepada ibu bapa bahawa anda sudah bersedia!
semoga Allah temukan jodoh kita, duhai jodoh yang tak diketahui,, |
** hehe.. copy paste... cam ada kena mengena dgn seseorg je..ehhehe
No comments:
Post a Comment