Friday, 27 December 2013

4 sharing =)

Assalamualaikum Wbth.


Ingin ana kongsikan bersama antum di sini.. soal jawab agama yang sungguh menarik, yang rugi kalau tak dibaca sehingga ke penghujungnya (walaupun agak panjang...) luangkan sedikit masa antum untuk membacanya, =) .. di antara seorang Melayu yang beragama Islam dengan seorang Ustaz. Diharapkan dapat membuka minda dan hati kalian......mengapa kita sebagai umat Islam yang sayangkan agamanya perlu berpolitik dan menyokong Parti yang                                                                                    menegakkan ISLAM.


Dipetik dari ....http://www.rakanmasjid.com/artikel/27-karya/612-mengapa-umat-islam-perlu-berpolitik.html


Assalamualaikum wbt....
USTAZ,
saya ni bukanlah mewakili mana mana parti politik,dan saya ada soalan penting untuk ditanya kepada ustaz.Saya harap sangatlah ustaz dapat menjelaskan persoalan saya ni berdasarkan hujah dan dalil naqli Alquran dan juga hadis soheh.

Adakah menubuhkan sesuatu parti politik itu haram? Setahu saya di Arab Saudi tiada parti politik kerana katanya ia boleh memecahbelahkan umat. Jadi apakah hukumnya penubuhan parti politik ini? Kerana setahu saya semasa zaman nabi terdahulu tiada seorang nabi,para anbiya dan syuhada yg menubuhkan parti utk mendaulatkan Islam.Malahan penubuhan parti politik inipun sebenarnya bukan datang dari islam malahan ianya diasaskan oleh org kafir!

Lagipun, bukannya saya ni jahil sangat mengenai keadaan politik di negara ini. saya tahu bahawa pihak pemerintah pun banyak menyeleweng dari islam! Umat islam hanya akan bersatu dibawah kalimah laailahaillalah dan tiada pertikaian pun mengenainya! Tapi saya agak ragu ragu dgn memperjuangkan islam ini dgn menubuhkan parti!mengapa tidak boleh kita perjuangkan islam melalui cara dakwah spt pertubuhan tabligh tersebut?

Lagipun,saya dapati bahawa cara mereka berdakwah ialah dgn memantapkan iman dan amal.Saya berkata sedemikian kerana inilah baru kali pertama saya mengikuti tabligh selama 3 hari bertempat di Naza Plantations, Raub, pahang. Sepanjang saya mengikuti tabligh tersebut,Banyak perkara telah saya belajar. Tujuan tabligh inipun sebenarnya bukannya utk hanya berdakwah pada org,tapi utk mentarbiahkan diri sendiri,agar Iman dan amal dapat dimantapkan. Saya dapat merasakan sendiri persaudaraan islam,dan Allah telah merahmati dan memberkati kami dgn memberikan pengertian sebenar tentang hakikat kehidupan!!

Dan apa yg menakjubkan hati saya ialah ada diantara jemaah tabligh ini ada yg sebelum ini tak pernah sembahyang dan tak FAHAM apa itu agama pun, Menangis kerana keinsafan dan mula Faham akibat daripada usaha Ustaz yg memberikan syarahan, bayan dan majlis taalim mengenai Iman dan amal!!

Dan saya pun berfikir semula tentang usaha Parti Pas khususnya.banyak yg berbicara mengenai kepentingan kembali pada Alquran dan assunnah. Memang betul, usaha itu perlu disokong,tapi, kebanyakan masy. kita hari ini tak paham kenapa kena kembali pada Alquran dan sunnah, Sebab apa ustaz, SAYA percaya kerana iman dan amal mereka sendiri AMAT RAPUH!! Salah satu perkara yg amat amat ditekankan semasa tabligh itu ialah SEMBAHYANG BERJEMAAH. Kita boleh lihat betapa kosongnya masjid dan surau hari ini!!Jadi tak hairanlah masy.kita terus berada dalam kelalaian!!

Saya percaya jika pihak PAS menekankan usaha iman dan amal ini dalam dakwah dan ceramah mereka,insyaallah masy. akan mula paham!

Jadi saya amatlah berharap pada ustaz utk menerangkan kepada saya mengenai persoalan diatas. Saya yg tak ada ijazah agama ni tak tau apa pun! Kalau boleh penjelasan itu jangan lah terlalu bias. Pegang pada kebenaran..

Jazakallahu khairan kathira.
Muhammad Syafiq

~~Jawapan Ustaz Ali Muda~~


Wa`laikumussalam warahmatullah.

Alhamdulillah, sdr telah diberi taufik oleh Allah s.w.t. utk memahami Islam atau sebahagian drp Islam. Daripada seorg yg kurang faham apa peranan agama menjadi seorg yg merasakan kemanisan hidup beragama. Bersyukur juga kerana sdr telah terlibat dgn salah sebuah pergerakan yg cintakan Islam dan ingin melihat Islam didaulatkan di bumi Allah s.w.t. ini, w/pun dgn caranya yg tersendiri.

Persoalan sdr ini berfokus kpd cara utk menegakkan Islam, setelah sdr bersetuju bahawa pemerintah umat Islam hari ini tidak boleh diharapkan utk mendaulatkan Islam secara syumul. Persoalannya apakah boleh Islam diperjuangkan menerusi penubuhan parti politik, yg menurut sdr, tidak pernah dilakukan oleh para nabi dan Nabi Muhammad s.a.w. Arab Saudi juga, menurut sdr, mengharamkan penubuhan parti politik kerana boleh memecahbelahkan umat.

InsyaAllah, saya akan menjawab persoalan sdr ini dgn cara akademik/ilmiah berdasarkan hujah tanpa bias kpd mana2 pihak, w/pun sdr sendiri telah menunjukkan kecenderungan sdr kpd satu pihak. Harapan saya, jika jawapan saya ini tidak menjurus kpd kecenderungan sdr, janganlah sdr anggap saya bias. Maka sukalah saya tegaskan bahawa saya juga tidak menganggotai mana2 parti politik kerana saya ingin bebas membuat penilaian berdasarkan ilmu yang saya belajar. Jika ilmu saya mengatakan 'itu', maka tiada siapa berhak menidakkan kebenarannya melainkan dgn hujah ilmu juga, bukan dgn sentimen, fanatik, prasangka dan sebagainya. Mungkin orang lain berpendapat berlainan berdasarkan ilmu juga, maka saya terima hal itu atas prinsip 'al-khilaf al-masyru`' (khilaf yg dibenarkan syarak), jika ia berada dlm lingkungan perkara cabang atau ranting (furu`), bukan pokok (Usul). Dan ILMU yg saya maksudkan ialah kefahaman yg mendalam terhadap sesuatu persoalan, dgn perantaraan alat2 yg disepakati utk menuju kpd kefahaman itu.

Jika persoalannya ialah berkaitan hukum atau pandangan Islam dlm sesuatu perkara, maka sudah pasti alat2 yg wajib utk menuju kpd kefahaman yg sebenar ialah kefahaman asas terhadap sumber Islam iaitu nas2 al-Quran dan hadis (yg sahih) serta perbahasan ulama yg muktabar ttgnya. Oleh kerana nas2 al-Quran, hadis dan perbahasan ulama muktabar itu kebanyakannya dalam B. Arab, maka kefahaman mendalam dlm bahasa itu adalah satu keperluan yg wajib. Tidak cukup setakat itu, kefahaman yg mendalam terhadap ilmu disiplin berhujah dgn al-Quran dan hadis (iaitu ilmu Usul al-Fiqh dan Qawa`id al-Fiqh) adalah juga suatu yg mesti dan wajib.

Berbalik kpd persoalan sdr, apakah masyru` (dibenarkan syarak) penubuhan parti politik utk menegakkan Islam?

Sdr beranggapan ia tidak masyru` berdasarkan hujah2:

(1) Di Arab Saudi tiada parti politik kerana menurut mereka parti politik boleh memecahbelahkan umat,

(2) Tiada seorang nabi dan para pejuang syuhada zaman dulu yg berjuang menegakkan Islam melalui parti politik,

(3) Parti politik berasal drp sistem kafir,

(4) Parti politik boleh digantikan dgn cara berdakwah kpd iman dan amal, spt yg dilakukan oleh Jamaah Tabligh.

Demikian hujah2 sdr. Tetapi saya ada hujah2 lain yg menunjukkan penubuhan parti politik Islam sebg suatu yg masyru` bahkan dituntut dlm zaman sekarang. Hujah2 saya spt berikut:

1) Tiada nas s/ada dlm al-Quran, hadis atau kata2 ulama terdahulu yg muktabar bahawa penubuhan parti politik itu dilarang syarak. Dlm syariah (Usul al-Fiqh), ada satu kaedah yg berbunyi "Aslul Asy-yaa' al-Ibahah" (Asal sesuatu perkara itu adalah harus). Semua perkara di dunia ini asalnya harus, melainkan setelah datangnya nas2 yg melarangnya, barulah hukumnya bertukar menjadi haram atau makruh, ataupun apabila datangnya nas2 yg menyuruhnya, maka ia pun bertukar menjadi wajib atau sunat. Antara haram dan makruh, atau antara wajib dan sunat, adalah berdasarkan sejauh mana larangan dan suruhan itu, dgn sokongan nas2 yg lain, yg difahami oleh ulama yg berkecimpung dlm bidang ilmu prinsip pengeluaran hukum Islam (iaitu ilmu Usul al-Fiqh), dgn sokongan ilmu yg luas ttg hadis Nabi s.a.w., yg merupakan praktis kpd seluruh hukum Islam yg wujud sebelum kemangkatan baginda.

Oleh kerana tiada nas yg melarang, maka penubuhan parti politik adalah harus. Itulah asal dan dasarnya.

2) Apabila kita bercakap mengenai parti politik Islam (iaitu parti yg berjuang utk mendaulatkan Islam), maka kita telah terkeluar drp asal dan dasar hukum tadi (harus). Hukum itu telah bertukar menjadi sekurang-kurangnya sunat, kalaupun tak wajib. Ini berdasarkan nas al-Quran yg bermaksud: "Dan bertolong menolonglah kamu dlm perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong menolong dlm perkara dosa dan permusuhan…" (Al-Maidah: 2). Jika parti Islam bertujuan utk bergabung tenaga menegakkan Islam, bagaimana ia dikatakan haram, sedangkan ia bertepatan dgn kehendak ayat tersebut? Apatah lagi tiada satu nas pun yg melarangnya.

3) Walau bagaimanapun, jika kita merujuk kpd nas yg lain, kita dapati penubuhan parti politik dlm sebuah negara demokrasi spt Malaysia adalah dituntut oleh syarak. Ada nas yg bermaksud "Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yg berjuang di jalan-Nya dlm satu saf (barisan/front/ organisasi) seumpama sebuah bangunan yg berdiri teguh…" (Al-Saf: 4). Alangkah bodohnya umat yg ingin melihat Islam tertegak di muka bumi, tanpa membuat persediaan yg lebih baik drp kaum yg ingin merobohkan Islam atau yg berpura-pura cinta Islam (spt yg sdr sendiri faham), ataupun sekurang-kurangnya membuat persediaan yg setanding dgn musuh itu. Adakah Allah s.w.t. akan menolong dgn mukjizat semata-mata tanpa wujudnya usaha yg tersusun dan sistematik drp para pejuang? Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri tidak diberikan mukjizat melainkan setelah banginda bekerja keras siang malam dgn tulang empat kerat.

Kalaulah musuh ada barisan/front/ organisasi yg memonopoli sistem demokrasi, apakah pejuang Islam perlu pejam mata dan pekakkan telinga saja atas alasan demokrasi, parti politik dan pilihanraya adalah sistem ciptaan org kafir!!?? Apakah patut pejuang Islam membiarkan saja kerusi eksekutif yg berkuasa mencipta undang2 ke atas umat di dewan rakyat, parlimen, dewan undangan negeri dll diduduki oleh puak yg benci kpd Islam secara zahir batin atau secara batin sahaja (terlihat kebenciannya secara luar kawalan/ tak sengaja)? Realiti dan hakikatnya, sama ada rakyat suka atau tidak, org yg menduduki kerusi2 eksekutif itulah yg mencipta, menggubal, meminda atau membatal undang2 sebaik sahaja mereka berkuasa setelah menang dlm pilihanraya 'demokrasi'. Bila mereka memiliki kuasa itu, persetankan sahaja kehendak rakyat terbanyak. Mereka kata mereka telah diberi mandat selama 5 tahun, kalau tak setuju, tunggu 5 tahun!! (W/pun mandat itu diperolehi secara penipuan spt undi pos yg menjadi taboo kpd pembangkang) . Bila mereka kata kita tak boleh laksanakan hukum jenayah dlm al-Quran (hudud), rakyat (termasuk org yg cintakan al-Quran dan Islam spt sdr) terpaksa terima. Bila mereka kata harga barang itu ini dinaikkan, semua rakyat terpaksa bayar w/pun perit. Bukanlah susah utk mencipta beberapa rasional di sebalik kenaikan harga barang itu dgn sokongan sedikit 'statistik' atau 'angka' yg entah betul ke tidak. Rakyat terima ajelah. Bila mereka nak langgar perjanjian yg mereka sendiri buat, rakyat pun terpaksa akur, sebab mereka masih berkuasa sebg kerajaan pusat.

Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pd hari ini, kenapa pejuang Islam perlu mengasingkan diri dan lari drp merebut peluang utk melaksanakan Islam melalui kuasa? Apakah Nabi s.a.w. mampu melaksanakan Islam tanpa kuasa yg diusahakan? Bukankah perpindahan dr Mekah ke Madinah (Hijrah) itu sebg satu strategi utk mempraktikkan Islam melalui kuasa politik/pemerintaha n di sebuah negara yg bebas dan berdaulat (w/pun bukan secara parti politik spt hari ini)? Secara logiknya, adakah baginda akan berjaya menegakkan Islam tanpa berhijrah mendapat sebuah negara yg berkuasa politik? Adakah Islam akan boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa sebuah negara dan isitem yg beas dan tersendiri? Bukankah baginda telah boleh berdakwah, beriman dan beramal di Mekah? Kalau dah boleh, kenapa sibuk2 mengajak para Sahabat r.a. berhijrah? Sedangkan beramal di Mekah itu mendapat pahala yg paling besar?

Jawapan kpd soalan2 di atas ialah "kuasa eksekutif itu adalah asasi utk mempraktikkan Islam secara syumul di bumi Allah s.w.t. ini". Zaman Nabi s.a.w. ia (kuasa eksekutif) itu didapati melalui hijrah dan jihad di medan, manakala zaman ini (dlm konteks M`sia dan kebanyakan negara), ia diperolehi melalui pilihanraya.

Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal spt solat, zakat, haji, zikir atau baca al-quran shj. Kalau itulah shj Islam, Nabi s.a.w. tak perlu berhijrah, sebab semua itu boleh dilakukan di Mekah, dgn pahala yg paling besar lagi. Itu semua amal individu, kalau tak ada negara dan kuasa pun kita boleh amalkan ibadat2 itu. Tetapi Islam lebih luas drp itu. Ada banyak lagi suruhan Allah s.w.t. yg tidak boleh dilaksanakan jika Islam tidak mempunyai negara atau kuasa berdaulatkan al-Quran dan sunnah, spt suruhan melaksanakan hudud (sistem kawalan jenayah secara Islam), suruhan melaksanakan ekonomi Islam secara total tanpa campuran riba, suruhan jihad memerangi musuh yg mengkhianati umat Islam, suruhan mengharamkan segala yg diharamkan Allah s.w.t. (spt arak, judi dll) dan menghalalkan segala yg dihalalkan-Nya (tazkirah bulan Ramadhan, ceramah agama, perhimpunan aman dan segala perkara yg bukan bertujuan jahat) dan yg paling besar sekali ialah suruhan menyebarkan rahmat kpd sekalian alam. Hampir semua pemimpin umat Islam hari ini tidak melaksanakan agenda terbesar Islam ini kerana mereka bernegara dan kuasa sekular. Org bukan Islam, khususnya kuasa2 barat semakin memandang lekeh kpd Islam di zaman pemimpin2 Islam sekular berkuasa kini. OIC? ...diketawakan saja!! Malaysia negara contoh?? …nampaknya lebih kpd syok sendiri!!

4) Kalau demikianlah hal dan realitinya hari ini, maka tak mungkin hanya dgn berdakwah keluar 3 hari, 10 hari, 40 hari, sebulan, 4 bulan bahkan setahun sambil beramal ibadat individu (solat, zakat, haji, zikir, baca al-Quran dan seumpamanya) ; tak mungkin dgn cara itu saja negara Islam akan tertegak spt Nabi s.a.w. pernah sunnahkan di al-Madinah al-Munawwarah. W/pun saya tak nafikan amalan2 itu juga adalah baik. Tetapi baik semata-mata tanpa strategi jangka pendek dan panjang, lebih dekat kpd sia2. Apakah amal sebegitu telah menepati kehendak Allah s.w.t. kita berjuang dlm satu saf/barisan/ front/organisasi seperti sebuah bangunan yg terpacak teguh tanpa goyah dek sebarang gegaran? Sedangkan musuh (yg jelas atau yg spt musang berbulu ayam) sedang enak menjahanamkan Islam yg syumul bawaan Nabi s.a.w., kita masih asyik berbalah ttg apakah boleh berparti politik.

Maka dlm konteks hari ini, berparti politik utk menegakkan Islam adalah lebih dekat kpd wajib berdasarkan satu prinsip al-Qawa`id Al-Fiqhiyyah yg berbunyi "Maa laa yatimmu al-waajib illaa bihii fahuwa waajib" (Sesuatu perkara, yg tidak akan sempurna perkara yg telah wajib melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga hukumnya). Mendaulatkan Islam secara syumul (menyeluruh) s/ada dlm bidang akidah, akhlak, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, jihad, dan sebagainya itu adalah satu kewajipan yg telah pasti berdasarkan nas2 yg telah sedia ada dlm al-Quran dan hadis sahih. Tetapi banyak bidang itu tidak dpt dilaksanakan tanpa wujudnya negara, kuasa dan sistem Islam yg memimpin. Maka mewujudkan negara, kuasa dan sistem Islam itu wajib hukumnya.

Dlm konteks hari ini, negara, kuasa dan sistem itu tak akan dapat dicapai melainkan dgn cara2 spt: pilihanraya demokrasi (di kebanyakan negara umat Islam w/pun demokrasi palsu), revolusi (spt Iran 1979), reformasi (spt Indonesia, Filipina). Dua cara terakhir itu boleh mengakibatkan mudharat dan tumpah darah, maka hendaklah dielakkan selagi ada jalan yg lebih selamat, iaitu pilihanraya demokrasi.

Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh disertai oleh parti politik berdaftar, maka menjadi kewajipanlah kpd pejuang Islam utk mendaftarkan paling kurang sebuah parti politik yg khusus utk menegakkan Islam. Kalau tidak, tak boleh masuk pilihanraya. Kalau tak boleh masuk pilihanraya, tak mungkin akan dapat duduk di kerusi eksekutif itu. Kalau tak duduk, tak mungkin berkuasa dlm realiti negara hari ini!! …………Ada sesiapa lagi yg nak menidakkan realiti semasa secara membuta tuli???

5) Kalau pemerintahan dah OK (adil, bersih, bertanggungjawab macam al-Khulafa' al-Rasyidin) , memang tak perlu kpd parti2 politik, sebab memang boleh menyebabkan perpecahan. Tetapi apakah pemerintah hari ini boleh membuktikan keadilan, kebersihan dan kebertanggungjawaba n spt para khalifah yg dipuji oleh al-Quran dan mendapat didikan secara langsung drp Nabi s.a.w. itu? Tak ada!!… termasuklah kerajaan Arab Saudi sendiri. Kalau dah macam khalifah, tak kan dia benarkan tanahnya digunakan oleh Syaitan Terbesar (USA) sebg pangkalan utk menyerang saudara Islamnya di Iraq. Sebaliknya, ketidakwujudan parti politik langsung spt di Saudi lebih membawa kemudaratan kpd umat kerana pemerintah boleh berbuat apa saja tanpa siapa berani menegur.

6) Tidak semua perkara yg dicipta oleh org bukan Islam/kafir itu haram diguna pakai oleh umat Islam (spt sistem pilihanraya dan parti politik). Yg menjadi haram sesuatu perkara itu bukan sebab ianya dicipta oleh org bukan Islam, tetapi sebab dah ada nas yg mengharamkannya.

7) Tak semua perkara yg Nabi sa.w. tak buat, maka kita pun tak boleh buat. Nabi s.a.w. tak buat jalan raya berturap, bangunan tinggi2, pejabat agama, masjid surau yg banyak, tabung haji, dsb.nya. Tapi apakah kita pun diharamkan membuat perkara2 baik itu atas alasan baginda tak buat? Jadi kalau baginda tak buat parti politik yg sama sebijik macam hari ini pun, apa salahnya kita kreatif sikit dlm perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem musuh?

8) Parti politik Islam pun bukan hanya berpolitik saja, mereka juga mendukung agenda dakwah, iman dan amal. Bahkan dakwah, iman dan amal yg lebih luas lagi drp yg tak berparti politik. Cuma kalau ada sikit2 kelemahan tu, memang manusia tak ada yg sempurna. Perbaikilah mana2 yg tak sempurna tu, setelah sedar dan tahu dasarnya betul dan tepat dgn kehendak Islam. Jgn kerana beberapa kelemahan itu, kita pun turut memusuhinya atau lebih sedih lagi kita pergi sokong parti jahiliyah pula. Ini yg parah nih!!

Kalau Jamaah Tabligh amat menitikberatkan pasal solat secara berjemaah di masjid (dan inilah yg sepatutnya), ajaklah ahli2 parti Islam berjemaah sama. Jgn kerana beberapa kerat yg tak berjemaah (atau yg tak solat pun ada), maka Tabligh terus hukum ahli parti Islam sebg tak beramal. Cuba Tabligh pergi dengar kuliah2 ilmu para pemimpin parti Islam itu, bukankah mereka berdakwah kpd iman dan amal juga?? Bila dah ramai sangat tu, biasalah ada yg nakal seorg dua. Itu perlu ditegur dan dinasihat, bukan dihukum jahat terus. Ahli Tabligh pun ada yg masih tak selayaknya. Kalau Tabligh kata mereka berusaha meningkatkan diri dlm jamaah, begitu juga ahli2 parti Islam. Oleh itu, bekerjasamalah. Jgn hentam menghentam atau undi parti sekular pulak. Daftarlah sebg pengundi yg sah dan berilah undi utk parti yg memperjuangkan Islam.


Sekian jawapan saya seikhlasnya, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.

Wednesday, 25 December 2013

My birthday...

Assalamualaikum wbth.. alhamdulillah, hari ni diberi kesempatan utk mengupdate blog stelah sekian lama menyepi.. alhamdulillah.. hr ni ana nak share tntang birthday ana..


Pada 7 Disember yg lepas merupakan tarikh lahir ana.. walaupun bagi ana kali ini amat menyedihkan tp xpa, ana ada Allah.. huhu.. pd birthday ana jugakla jiwa ni kacau.. huhu.. tp alhamdulillah, syukur pd Allah kerana dilahirkan di dunia ini dan masih dpt bernafas di buminya sehingga kini, syukran ya Allah..


Penghargaan buat yg telah "wish" .. ana akan ingat segala pesanan antum, insha Allah.. semoga semakin bertambah umur, smakin dekat dgn kematian.. dan semoga amal makin bertambah selari dgn bertambah nya usia.. ana ingin doa drpd para shbat2 supaya kita sma2   mendekatkan dr pada Allah dan sama2 menghembuskn nafas dalam kalangan husnul khatimah, amin ya Allah..



thanx sis, for the vanilla-coklat cake..





Thursday, 17 October 2013

Hanya impian??

Assalamualaikum wbth, kaifa halukum??,,, alhamdulillah pada entri kali ini, ana nak menceritakan serba sedikit pengalaman ana menjadi guru di salah sebuah tadika.. hehe.. alhamdulillah cuti semester ini ana gunakan tk timba pengalaman menjadi guru tadika, mana tau kot2 dalam masa terdekat ni ana berkahwin and dapat anak( senangla nak didik anak nanti.. hehe.. satu impian je.. =P) .. memang memenatkan mengajar budak2 kecil.. especially yang umur 5 tahun ke bawah, huhu.. tp xpe, satu ujian buat ana..

dari kiri : Zaidan, Zikri dan Fawwaz =)


sangat awkward bla dipanggil cikgu..hehe.. yang sangat best and terharunya bila mendengar adik2 ini sebelum memulakan kelas, mereka baca doa.. wahhhh... satu word yang dpt ana describekan dgn adik2 ni HEBAT!! dalam umur sebegini mereka dapat menghafal banyak doa yang ana rasa ada diantara doa2 yang adik2 baca tu ada yang ana xhafal lagi.. rasa rendah diri pulak dgn mereka..huhu ( di sini ana terfikir sesuatu, yakni, institusi kekeluargaan memainkan peranan yang sangat penting utk mendidik anak2, jika baik didikan ibu bapanya, maka baik juga akhlak dan perangai mereka, sangat berbeza kanak2 yang ibubapanya berlatarbelakangkan didikan agama dangan kanak2 biasa...( just my opinion, kalau salah, harap dimaafkan =) )

Konklusinya, utk mendapatkan anak2 yang soleh, mendengar kata, dan yang mengamalkan semua sikap2 yang mahmudah, hendaklah bermula dari ibu bapa nya sendiri ( baitul muslim)... si suami, hendaklah pandai memilih ibu kepada anaknya nanti, dan si isteri pula hendaklah pandai memilih ketua keluarga ( suami) yang dapat membawa ke jalan yang di redhai Allah, dalam erti kata lain, " sama2 berjuang, bantu membantu di jalan Allah, baru lah harmon

i institusi kekeluargaan itu nanti,,,

adik2 di tadika.. =)
Pasangan hidup yg soleh akan mnciptakn suasana rumah yg teduh, damai dan memiliki keluarga yg soleh. Memiliki keluarga indah nan mntetenteramkn adalah idamn setiap insan. Para penyelidik membuktikn, kesolehan, ( inner beauty) adalah 2/3 faktor penentu kebahagianan dlm kehidupan, sedangkan ketampanan/ kecantikan dan kekayaan hanyalah 1/3 sahaja darinya. maka berbahagialah menjd seorg suami yg memiliki isteri yg solehah dan berbahagialah seorang isteri yang memiliki suami yang soleh,( Majalah at-Taqwa, 2013)...

~~ ana ada satu impian, kita memang xkan dapat seseorg yang sempurna, tetapi kta akan dapat seseorang yg dapat melengkapi hidup kita. ana teringin2 sangat kalau ditakdirkan ana dpt anak lelaki suatu hari kelak, ana ingin supaya ayahnya mengajak si anak kecil sekali berjemaah di masjid, hehe ( errr.. terlebih la pulak,,hihi  =P ) ~~

~teruslah menyebarkan wangian islam dimanapun kalian berada, jgn hentikah perjuangan ini... ~

Wednesday, 9 October 2013

Devotees - Mahar Cinta




Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Monday, 7 October 2013

Tamat sudah..

Assalamualaikum antum,.. Alhamdulillah.. Dah berakhir final exam... Uwaaa.. Alhamdulillah... Selepas ni misi perjuangan masih belum terhenti.. Perlu di teruskan dan diperkasakan lagi, InshaAllah.. Semoga Allah permudahkan urusan..alhamdulillah cuti semester ni terisi.. Jadual ana memang dh pack..hehe... Jadi cikgu tadika sementara..alhamdulillah.. Semoga Adik2 yg ana ajar nanti inshaAllah bkal ulama muktabar, bakal pemimpin negara yang inshaAllah nanti bakal mendaulat kan islam.. Amin.. Satu lagi... Ana ada beli buku the choice karangan ahmad deedat... Sangat best...xsaba rasanya nak baca sampai habis.. Semoga antum juga ada koleksi buku ini.. ;-)

" teruslah menyebarkan wangian islam dimanapun kalian berada "

Friday, 6 September 2013

Alhamdulillah..



Assalamualaikum antum sekalian,, alhamdulillah ana diberi kesempatan utk terus hidup, menghirup udara yang Allah pinjamkan.. alhamdullillah.. syukur ya Allah.. terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada diri ini, Alhamdulillah..


alhamdulillah, diberi kesempatan utk jari jemari ini menukilkan apa yang tersirat di hati walaupun asignment dan lab report menimbun utk disiapkan.. alhamdulillah..


alhamdulillah, Allah makbulkan doa bagi hambanya yang meminta,


Menurut al-Khatabi: "jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hati atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan, atau

menggantikannya dengan pahala"


menurut hukama:"Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta atau diberikan ganjaran pada hari Kiamat"




bercakap mengenai doa, Alhamdulillah Allah dah makbulkan salah satu doa ana, syukur ya Allah.. benarla seperti kata- kata hikmat ;


" Jika Allah cepat makbulkan doamu maka DIA menyayangimu. Jika Allah lambat makbulkan doamu maka DIA sedang mengujimu, tetapi jika Allah tidak makbulkan doamu, bermakna DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.




alhamdulillah, nak dipendekkan cerita,,, ana pernah berdoa sesuatu pada semester pertama, masa tu ana memang memberi sepenuh pengharapan kepada yang mencipta..sudah beberapa semester berlalu, memang Allah nak uji hati ni masih teguh x dgn doa dan pendirian diri. alhamdulillah, atas kesabaran dan mujahadah, pada semester yang ke 5 ni Allah makbulkan doa.. alhamdulillah...

"kita merancang, Allah juga merancang, tp ingatlah bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik"

hehe... habis pasal doa, ana nak cerita sedikit pasal sesuatu yang membuatkan ana rasa otak ini ligat berfikir..


hehe.. ana dicalonkan sebagai majlis perwakilan pelajar utk fakulti ana, sebelum terima tawaran tersebut, ana banyak buat research dan bertanya kepada sahabat2.. alhamdulillah ada yang menyokong dan ada yang xsetuju.. alhamdulillah atas kaji selidik yang ana lakukan, setelah bertanya dgn rakan2 dan membuat penilaian diri sendiri... dengan ini, ana membuat keputusan untuk menarik diri untuk bertanding sebagai calon mpp... huhu

memang banyak kelebihan jika terpilih sebagai mpp, tp bila fikir2 balik, ada juga terselitnya keburukan..huhu..


bila refer balik hadis kat baawah ni ;


daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda;

"Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran". Sahabat bertanya: bagaimana mensia-siakannya? Rasulullah saw menjawab : Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang -orang yang bukana ahlinya, maka tunggulah hari kehancuran

(H.R Al -Bukhari)


berat amanah yang dipikul utk orang yang berjawatan ni.. dan apabila ana muhasabah diri, ada lagi kekurangan jika ana terima, baru je nama tercalon, hati ana ada terasa sedikit bangga.. ana takut dgn perasaan ini akan menyebabkan timbulnya perasaan riak atau sombong.. inilah benda yang paling ana takutkan.. memang jawatan itu merupakan nikmat yang Allah swt kurniakan.. tetapi harus diingat duhai hati, Allah bukan sekadar uji kita dgn dugaan dan kesusahn tp, Allah uji kita dgn nikmat. ujian nikmat lebih menusuk berbnding dugaan dan kesusahn..benarlah kata sesorang kepada ana, (" pangkat tok merupakan salah satu ujian yg Allah berik, kmk pn pernah jwak merasa benda tok, banyak kelebihan dan banyak juak kekurangan.. pande2 la ktk fikir") - versi bahasa sarawak.. hehe..


mungkin ada hikmahnya ana menolak tawaran, mungkin selepas ni, ana akan lebih fokus kepada belajar dan dakwah? inshaAllah, doakan,, memang betul kalau nak org terima dakwah kita dgn mudah, kita mesti ada pengaruh (jawatan)..., inshaAllah, walaupun xda jawatan, inshaAllah, Allah akan bantu... Allah akan bantu hambanya yang berjihad dijalannya.. jika Kita bantu Agama Allah swt dgn hati yang ikhlas, Allah akan Permudahkan segala urusan kita .. amin... semoga segala2 nya dipermudahkan..amin ya rabb, =)



* menulis bukan hanya ingin mencetus mahu, tetapi menulis sekadar ingin memberitahu,,, "

Ingin Jadi 'High Standard'





Seringkali terdengar bisikan syaitan. Tak pernah kenal erti putus asa dalam menyesatkan anak Adam.


"Kau pun bukan ustaz. Jangan terlalu memilih. Terima je. Nanti tak kahwin sampai tua".
Aku bukan seorang ustaz. Bukan juga dari sekolah agama. Belajar di Mesir dan Jordan apatah lagi. Aku adalah seorang hamba Allah. Seorang yang sentiasa berusaha menggapai redha Ilahi. Bukan seorang yang sempurna. Namun, aku sentiasa berusaha mencari kesempurnaan.

Mencari seorang isteri atau suami untuk melangsungkan perkahwinan sememangnya senang. Namun, sukar untuk mencari seorang isteri solehah untuk mendirikan rumah tangga sehingga ke syurga. Mencari sebenar-benar suami yang soleh mengemudi bahtera yang di bina. Baitul Muslim.
Begitulah bezanya majlis perkahwinan dan rumah tangga. Ramai fokus kepada perkahwinan sehingga mengendahkan perkara yang lebih penting, iaitu persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
"Tak pe, kalau kahwin nanti aku berubah la jadi baik. Jadi rajin."
Mungkin ada yang berjaya, tapi aku tetap yakin ramai yang tak berjaya. Jadi, persediaan sebelum bernikah lebih penting.
Maka, persiapkan diri. Jom jadi lelaki soleh dan baik! Wanita yang solehah dan mukminah!


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia"

(Surah an-Nur ayat 26)


one day, InshaAllah


Persediaan Sebelum Bernikah

1) Biasakan diri untuk solat berjemaah di surau atau masjid.
Alhamdulillah, bagi yang sebati solat 5 waktu sehari semalam. Namun, kebiasaannya solat subuh berjemaah yang paling sukar. Selain itu, cuba untuk menjadi imam. Seorang isteri yang solehah ingin menjadi makmum kepada suaminya. Bayangkan satu situasi.

"Abang, boleh jadi imam solat sayang tak?" Kata si isteri dengan penuh harapan. Jika kita sudah terbiasa menjadi imam, insyaAllah tidak ada masalah. Tetapi, jika tidak biasa?

2) Lazimi amalan-amalan sunah/sunat/hasan.
Terlalu banyak perkara-perakara yang baik untuk dilalukan.  Berzikir ketika mempunyai masa terluang seperti sedang memandu kenderaan atau sedang berjalan-jalan adalah lebih baik dari hanya menekan pedal tanpa ada ibadah untuk diiringkan . Membaca Al-Quran sebelum atau selepas solat juga selalukan lah mengamalkannya, apatah lagi solat dhuha setiap hari.
Lakukan solat tahajud sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jika diri sudah tersiap, maka tidak mempunyai masalah untuk membimbing isteri dan anak-anak. Indah kan, kalau mampu bersama-sama isteri, saling mengejutkan untuk qiamullail. Suami merenjiskan air pada muka isteri, membelai dengan penuh kasih sayang.

"Sayang, mari kita solat tahajud", kata si suami mengejutkan isteri. Romantik, kan?

"Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam"
(Surah al-Insan ayat 26)
3) 'Paksa' diri mendalami ilmu agama.

Hadiri majlis-majlis ilmu dan ceramah agama. Ikuti usrah kerana sekurang-kurangnya kita berada dalam lingkungan yang selalu memberi peringatan antara satu sama lain. Baca lah buku-buku dan majalah agama kerana ianya dapat membantu peningkatan iman. Jangan lupa untuk mencari bahan bacaan berkaitan pernikahan. Persiapkan diri menuju gerbang perkahwinan. Antara bahan bacaan yang boleh baik antaranya penulisan Ustazah Fatimah Syarha. Novel-novel dan buku motivasinya sangat memberi manfaat.
Jika ada masa terluang, tonton lah video-video di 'Youtube' mengenai ceramah agama seperti Ustaz Don, Ustaz Azhar Idrus, dan Ustaz Kazim. Segalanya di hujung jari!

4) Sibukkan diri dengan kerja-kerja dakwah dan penganjuran program.

Terlibat dalam organisasi untuk menganjurkan program ilmiah sememangnya latihan yang baik sebelum menempuh alam perkahwinan. Kita akan terbiasa dengan aktiviti-aktiviti yang memotivasikan diri dan orang lain. Kenapa perlu terlibat? Kerana seorang daie perlu menjadi kreatif! Fokus penganjuran program adalah kepada peserta. Jika sudah berkeluarga nanti, maka anak-anak dan isteri pula akan menjadi 'peserta'. Suami perlu kreatif dalam mendidik anak-anak dan isteri. Pelbagaikan 'method' dan 'modul' agar keluarga menjadi ceria.

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)......."
(Surah at-Tahrim ayat 66)

5) Biasakan diri melakukan kerja-kerja rumah.

Jangan hanya biarkan ibu atau kakak sahaja yang melakukan kerja rumah. Ringankan tulang untuk membantu. Sungguhpun anda seorang lelaki! Bantu mengemas rumah, membasuh baju, melipat kain, membasuh pinggan, dan kerja-kerja lain. Jika sudah ringan tulang sebelum bernikah, maka setelah bernikah pula tidak mempunyai masalah dalam melakukan kerja-kerja tersebut. Jangan biarkan isteri seolah-olah menjadi orang gaji di rumah. Ringankan tugas isteri. Isteri akan lebih menyayangi anda. Anda pasti suka melihat isteri anda tersenyum gembira.
Tidak salah suami membantu isteri. Rasulullah juga adalah antara sebaik-baik suami di dalam rumahtanga. Bukan sahaja ketua negara, tetapi tetap ringan tulang di dalam menguruskan keluarga baginda. Maka jelaslah, martabat seorang suami tidak akan jatuh jika membantu isteri membuat kerja-kerja di rumah bahkan ianya dapat mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri.

6) Perbaiki hubungan sesama ahli keluarga, sahabat, dan masyarakat.

Berikan senyuman kepada semua. Tidak kira samada kita dalam keadaan letih atau tidak. Biasakan diri untuk jadi peramah dengan orang sekeliling kita. Berikan salam dan bersikap baik dengan orang yang lebih tua. Kemudian, jika kita mempunyai masalah, cuba bersabar. Istighfar. Selesaikan dengan cara berhikmah. Ringankan tulang untuk membantu orang di sekeliling kita yang mempunyai masalah. Jadikan diri ini bermanfaat kepada orang lain. Maka jika sudah beristeri nanti, kita akan mampu menjadi suami yang baik.
Nabi saw bersabda;

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Inginkan isteri yang solehah, maka perlu persiapkan diri menjadi soleh juga. Kan?


Yakinkan Ibu Bapa Dengan Perancanganmu!
Bentangkan perancangan di hadapan ibu bapa. Ajak mereka untuk berbincang. Ibu bapa pula perlu bersikap terbuka apabila si anak ingin membentangkan perancangannya untuk berkahwin. Jangan terus menghalang. Membuatkan anak seolah-olah melakukan suatu kesalahan besar. Dengar dahulu pendapatnya. Kerana dia juga anak kalian. Darah daging kalian.

Zaman dahulu tidak sama dengan zaman sekarang. Cabarannya juga jauh berbeza. Perlu pandai menilai kemampuan anak.

Si anak pula, jangan hanya berkata "Saya nak kahwin. Mak dan abah kena izinkan."
atau seakan mengugut "kalau mak tak izinkan, along kahwin lari"
Pada anak-anak, usah terus mengencang. Raihlah pendapat orang tua kerana di situ kunci keberkatan.
Tetapi, di mana persiapanmu? Adakah sudah cukup bertanggungjawab pada diri, dan ingin bertanggungjawab menjaga anak orang pula?
Tunjukkan kepada ibu bapa bahawa anda sudah bersedia!


semoga Allah temukan jodoh kita, duhai jodoh yang tak diketahui,,


** hehe.. copy paste... cam ada kena mengena dgn seseorg je..ehhehe