Friday 6 September 2013

Alhamdulillah..



Assalamualaikum antum sekalian,, alhamdulillah ana diberi kesempatan utk terus hidup, menghirup udara yang Allah pinjamkan.. alhamdullillah.. syukur ya Allah.. terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada diri ini, Alhamdulillah..


alhamdulillah, diberi kesempatan utk jari jemari ini menukilkan apa yang tersirat di hati walaupun asignment dan lab report menimbun utk disiapkan.. alhamdulillah..


alhamdulillah, Allah makbulkan doa bagi hambanya yang meminta,


Menurut al-Khatabi: "jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hati atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan, atau

menggantikannya dengan pahala"


menurut hukama:"Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta atau diberikan ganjaran pada hari Kiamat"




bercakap mengenai doa, Alhamdulillah Allah dah makbulkan salah satu doa ana, syukur ya Allah.. benarla seperti kata- kata hikmat ;


" Jika Allah cepat makbulkan doamu maka DIA menyayangimu. Jika Allah lambat makbulkan doamu maka DIA sedang mengujimu, tetapi jika Allah tidak makbulkan doamu, bermakna DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.




alhamdulillah, nak dipendekkan cerita,,, ana pernah berdoa sesuatu pada semester pertama, masa tu ana memang memberi sepenuh pengharapan kepada yang mencipta..sudah beberapa semester berlalu, memang Allah nak uji hati ni masih teguh x dgn doa dan pendirian diri. alhamdulillah, atas kesabaran dan mujahadah, pada semester yang ke 5 ni Allah makbulkan doa.. alhamdulillah...

"kita merancang, Allah juga merancang, tp ingatlah bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik"

hehe... habis pasal doa, ana nak cerita sedikit pasal sesuatu yang membuatkan ana rasa otak ini ligat berfikir..


hehe.. ana dicalonkan sebagai majlis perwakilan pelajar utk fakulti ana, sebelum terima tawaran tersebut, ana banyak buat research dan bertanya kepada sahabat2.. alhamdulillah ada yang menyokong dan ada yang xsetuju.. alhamdulillah atas kaji selidik yang ana lakukan, setelah bertanya dgn rakan2 dan membuat penilaian diri sendiri... dengan ini, ana membuat keputusan untuk menarik diri untuk bertanding sebagai calon mpp... huhu

memang banyak kelebihan jika terpilih sebagai mpp, tp bila fikir2 balik, ada juga terselitnya keburukan..huhu..


bila refer balik hadis kat baawah ni ;


daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda;

"Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran". Sahabat bertanya: bagaimana mensia-siakannya? Rasulullah saw menjawab : Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang -orang yang bukana ahlinya, maka tunggulah hari kehancuran

(H.R Al -Bukhari)


berat amanah yang dipikul utk orang yang berjawatan ni.. dan apabila ana muhasabah diri, ada lagi kekurangan jika ana terima, baru je nama tercalon, hati ana ada terasa sedikit bangga.. ana takut dgn perasaan ini akan menyebabkan timbulnya perasaan riak atau sombong.. inilah benda yang paling ana takutkan.. memang jawatan itu merupakan nikmat yang Allah swt kurniakan.. tetapi harus diingat duhai hati, Allah bukan sekadar uji kita dgn dugaan dan kesusahn tp, Allah uji kita dgn nikmat. ujian nikmat lebih menusuk berbnding dugaan dan kesusahn..benarlah kata sesorang kepada ana, (" pangkat tok merupakan salah satu ujian yg Allah berik, kmk pn pernah jwak merasa benda tok, banyak kelebihan dan banyak juak kekurangan.. pande2 la ktk fikir") - versi bahasa sarawak.. hehe..


mungkin ada hikmahnya ana menolak tawaran, mungkin selepas ni, ana akan lebih fokus kepada belajar dan dakwah? inshaAllah, doakan,, memang betul kalau nak org terima dakwah kita dgn mudah, kita mesti ada pengaruh (jawatan)..., inshaAllah, walaupun xda jawatan, inshaAllah, Allah akan bantu... Allah akan bantu hambanya yang berjihad dijalannya.. jika Kita bantu Agama Allah swt dgn hati yang ikhlas, Allah akan Permudahkan segala urusan kita .. amin... semoga segala2 nya dipermudahkan..amin ya rabb, =)



* menulis bukan hanya ingin mencetus mahu, tetapi menulis sekadar ingin memberitahu,,, "

Ingin Jadi 'High Standard'





Seringkali terdengar bisikan syaitan. Tak pernah kenal erti putus asa dalam menyesatkan anak Adam.


"Kau pun bukan ustaz. Jangan terlalu memilih. Terima je. Nanti tak kahwin sampai tua".
Aku bukan seorang ustaz. Bukan juga dari sekolah agama. Belajar di Mesir dan Jordan apatah lagi. Aku adalah seorang hamba Allah. Seorang yang sentiasa berusaha menggapai redha Ilahi. Bukan seorang yang sempurna. Namun, aku sentiasa berusaha mencari kesempurnaan.

Mencari seorang isteri atau suami untuk melangsungkan perkahwinan sememangnya senang. Namun, sukar untuk mencari seorang isteri solehah untuk mendirikan rumah tangga sehingga ke syurga. Mencari sebenar-benar suami yang soleh mengemudi bahtera yang di bina. Baitul Muslim.
Begitulah bezanya majlis perkahwinan dan rumah tangga. Ramai fokus kepada perkahwinan sehingga mengendahkan perkara yang lebih penting, iaitu persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
"Tak pe, kalau kahwin nanti aku berubah la jadi baik. Jadi rajin."
Mungkin ada yang berjaya, tapi aku tetap yakin ramai yang tak berjaya. Jadi, persediaan sebelum bernikah lebih penting.
Maka, persiapkan diri. Jom jadi lelaki soleh dan baik! Wanita yang solehah dan mukminah!


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia"

(Surah an-Nur ayat 26)


one day, InshaAllah


Persediaan Sebelum Bernikah

1) Biasakan diri untuk solat berjemaah di surau atau masjid.
Alhamdulillah, bagi yang sebati solat 5 waktu sehari semalam. Namun, kebiasaannya solat subuh berjemaah yang paling sukar. Selain itu, cuba untuk menjadi imam. Seorang isteri yang solehah ingin menjadi makmum kepada suaminya. Bayangkan satu situasi.

"Abang, boleh jadi imam solat sayang tak?" Kata si isteri dengan penuh harapan. Jika kita sudah terbiasa menjadi imam, insyaAllah tidak ada masalah. Tetapi, jika tidak biasa?

2) Lazimi amalan-amalan sunah/sunat/hasan.
Terlalu banyak perkara-perakara yang baik untuk dilalukan.  Berzikir ketika mempunyai masa terluang seperti sedang memandu kenderaan atau sedang berjalan-jalan adalah lebih baik dari hanya menekan pedal tanpa ada ibadah untuk diiringkan . Membaca Al-Quran sebelum atau selepas solat juga selalukan lah mengamalkannya, apatah lagi solat dhuha setiap hari.
Lakukan solat tahajud sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jika diri sudah tersiap, maka tidak mempunyai masalah untuk membimbing isteri dan anak-anak. Indah kan, kalau mampu bersama-sama isteri, saling mengejutkan untuk qiamullail. Suami merenjiskan air pada muka isteri, membelai dengan penuh kasih sayang.

"Sayang, mari kita solat tahajud", kata si suami mengejutkan isteri. Romantik, kan?

"Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam"
(Surah al-Insan ayat 26)
3) 'Paksa' diri mendalami ilmu agama.

Hadiri majlis-majlis ilmu dan ceramah agama. Ikuti usrah kerana sekurang-kurangnya kita berada dalam lingkungan yang selalu memberi peringatan antara satu sama lain. Baca lah buku-buku dan majalah agama kerana ianya dapat membantu peningkatan iman. Jangan lupa untuk mencari bahan bacaan berkaitan pernikahan. Persiapkan diri menuju gerbang perkahwinan. Antara bahan bacaan yang boleh baik antaranya penulisan Ustazah Fatimah Syarha. Novel-novel dan buku motivasinya sangat memberi manfaat.
Jika ada masa terluang, tonton lah video-video di 'Youtube' mengenai ceramah agama seperti Ustaz Don, Ustaz Azhar Idrus, dan Ustaz Kazim. Segalanya di hujung jari!

4) Sibukkan diri dengan kerja-kerja dakwah dan penganjuran program.

Terlibat dalam organisasi untuk menganjurkan program ilmiah sememangnya latihan yang baik sebelum menempuh alam perkahwinan. Kita akan terbiasa dengan aktiviti-aktiviti yang memotivasikan diri dan orang lain. Kenapa perlu terlibat? Kerana seorang daie perlu menjadi kreatif! Fokus penganjuran program adalah kepada peserta. Jika sudah berkeluarga nanti, maka anak-anak dan isteri pula akan menjadi 'peserta'. Suami perlu kreatif dalam mendidik anak-anak dan isteri. Pelbagaikan 'method' dan 'modul' agar keluarga menjadi ceria.

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)......."
(Surah at-Tahrim ayat 66)

5) Biasakan diri melakukan kerja-kerja rumah.

Jangan hanya biarkan ibu atau kakak sahaja yang melakukan kerja rumah. Ringankan tulang untuk membantu. Sungguhpun anda seorang lelaki! Bantu mengemas rumah, membasuh baju, melipat kain, membasuh pinggan, dan kerja-kerja lain. Jika sudah ringan tulang sebelum bernikah, maka setelah bernikah pula tidak mempunyai masalah dalam melakukan kerja-kerja tersebut. Jangan biarkan isteri seolah-olah menjadi orang gaji di rumah. Ringankan tugas isteri. Isteri akan lebih menyayangi anda. Anda pasti suka melihat isteri anda tersenyum gembira.
Tidak salah suami membantu isteri. Rasulullah juga adalah antara sebaik-baik suami di dalam rumahtanga. Bukan sahaja ketua negara, tetapi tetap ringan tulang di dalam menguruskan keluarga baginda. Maka jelaslah, martabat seorang suami tidak akan jatuh jika membantu isteri membuat kerja-kerja di rumah bahkan ianya dapat mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri.

6) Perbaiki hubungan sesama ahli keluarga, sahabat, dan masyarakat.

Berikan senyuman kepada semua. Tidak kira samada kita dalam keadaan letih atau tidak. Biasakan diri untuk jadi peramah dengan orang sekeliling kita. Berikan salam dan bersikap baik dengan orang yang lebih tua. Kemudian, jika kita mempunyai masalah, cuba bersabar. Istighfar. Selesaikan dengan cara berhikmah. Ringankan tulang untuk membantu orang di sekeliling kita yang mempunyai masalah. Jadikan diri ini bermanfaat kepada orang lain. Maka jika sudah beristeri nanti, kita akan mampu menjadi suami yang baik.
Nabi saw bersabda;

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Inginkan isteri yang solehah, maka perlu persiapkan diri menjadi soleh juga. Kan?


Yakinkan Ibu Bapa Dengan Perancanganmu!
Bentangkan perancangan di hadapan ibu bapa. Ajak mereka untuk berbincang. Ibu bapa pula perlu bersikap terbuka apabila si anak ingin membentangkan perancangannya untuk berkahwin. Jangan terus menghalang. Membuatkan anak seolah-olah melakukan suatu kesalahan besar. Dengar dahulu pendapatnya. Kerana dia juga anak kalian. Darah daging kalian.

Zaman dahulu tidak sama dengan zaman sekarang. Cabarannya juga jauh berbeza. Perlu pandai menilai kemampuan anak.

Si anak pula, jangan hanya berkata "Saya nak kahwin. Mak dan abah kena izinkan."
atau seakan mengugut "kalau mak tak izinkan, along kahwin lari"
Pada anak-anak, usah terus mengencang. Raihlah pendapat orang tua kerana di situ kunci keberkatan.
Tetapi, di mana persiapanmu? Adakah sudah cukup bertanggungjawab pada diri, dan ingin bertanggungjawab menjaga anak orang pula?
Tunjukkan kepada ibu bapa bahawa anda sudah bersedia!


semoga Allah temukan jodoh kita, duhai jodoh yang tak diketahui,,


** hehe.. copy paste... cam ada kena mengena dgn seseorg je..ehhehe