Tuesday 22 July 2014

Permainkan perasaan orang? -_-

Permainkan perasaan orang? Mgkin saya boleh taklifkan disini bahawa orang yang mepermainkan perasaan orang ni adalah manusia yang xtau erti bersyukur. Tak pernah puas dgn apa yang ada. Dah dapat yang baik tp masih lagi mencari. Kalau setakat mencari yang terbaik tu saya tak kisah. Memang betul mencari yang terbaik utk dijadikan pasangan hidup tu penting bagi baitul muslim yang di bina sbb kta kahwin ni bukan utk setahun dua, tp utk selama-lamanya, yang dapat jadi penaman hidup kita di hari tua dan ada disisi kita di kala susah dan senang. Tp ni tak, dah da ikatan dengan seseorg tp asal temu je perempuan yang cantik sikit dari yang sebelumnya terus lamar dan ajak tunang. Wujud ke fenomena bertunang dengan ramai2 org? menabur janji2 pada semua org. berani tipu dan janji dengan nama Allah kat semua orang demi nak dapatkan kepuasan nafsu. Dah berapa ramai dah perempuan yang dilamar tu?? Saya fikir ini hanya berlaku dalam drama2 kat tv je tp rupanya kisah ni memang betul2 berlaku. Wujud jgak org macam ni ye? -_- Allahu robbi


_kepada si dia, insaf2 lah ye, blajar utk mengahargai. jgn sampai masa nak kahwin nanti orang buat benda yang sama kat awk pulak_ what goes around, comes around

Perlu ingat ye,

Oleh kerana terbiasa mempermainkan perasaan perempuan,Semakin lama, mereka seolah melupai bahawa soal cinta dan perasaan juga adalah perkara yang akan dipersoalkan dihadapan Allah ta’ala pada hari kiamat kelak.
Mempermainkan perasaan seorang manusia , samada lelaki atau wanita , adalah satu bentuk kezaliman yang jelas sekali ditegah oleh Islam. Bisa lidah boleh menghiris hati. Terluka di hati lebih terkesan dari terluka di tangan atau kaki. Apakah kira2 kezaliman seperti ini tidak akan dibalas oleh Allah?

Begitu juga dengan sebilangan kisah2 lelaki yang merasa seronok apabila ramai yang meminati , kemudian mengumpan dan akhirnya menyakiti tanpa rasa bersalah. Akhirnya sehingga lanjut usia Allah tidak hadirkan pasangan yang dia idam2kan. Bagi wanita bergelar andartu, bagi lelaki mendapat status bujang terlajak.



Hari ini mungkin kita disakiti kerana pernah menyakiti. Bagi yang menyakiti kita, serahkan sahaja kepada Allah. Dia lebih tahu bagaimana mengajar hambaNya. Yang pasti, orang yang menyakiti kita akan turut merasai kesakitan yang sama, bahkan mungkin lebih lagi. Apalah ertinya bahagia dalam kedukaan insan lain? Saya, anda dan mereka mungkin pernah merasai dan melalui- sebagai insan yang belajar tentang kehidupan.

Lupakah kita tentang sebuah hadith yang berbunyi :

” Takutilah doa orang yang dizalimi , kerana tiada hijab antaranya dengan Allah ta’ala"

Fahamilah ia, sebagai pengajaran atas nama ‘ amaran cinta ‘

No comments:

Post a Comment