Tuesday 22 July 2014

Permainkan perasaan orang? -_-

Permainkan perasaan orang? Mgkin saya boleh taklifkan disini bahawa orang yang mepermainkan perasaan orang ni adalah manusia yang xtau erti bersyukur. Tak pernah puas dgn apa yang ada. Dah dapat yang baik tp masih lagi mencari. Kalau setakat mencari yang terbaik tu saya tak kisah. Memang betul mencari yang terbaik utk dijadikan pasangan hidup tu penting bagi baitul muslim yang di bina sbb kta kahwin ni bukan utk setahun dua, tp utk selama-lamanya, yang dapat jadi penaman hidup kita di hari tua dan ada disisi kita di kala susah dan senang. Tp ni tak, dah da ikatan dengan seseorg tp asal temu je perempuan yang cantik sikit dari yang sebelumnya terus lamar dan ajak tunang. Wujud ke fenomena bertunang dengan ramai2 org? menabur janji2 pada semua org. berani tipu dan janji dengan nama Allah kat semua orang demi nak dapatkan kepuasan nafsu. Dah berapa ramai dah perempuan yang dilamar tu?? Saya fikir ini hanya berlaku dalam drama2 kat tv je tp rupanya kisah ni memang betul2 berlaku. Wujud jgak org macam ni ye? -_- Allahu robbi


_kepada si dia, insaf2 lah ye, blajar utk mengahargai. jgn sampai masa nak kahwin nanti orang buat benda yang sama kat awk pulak_ what goes around, comes around

Perlu ingat ye,

Oleh kerana terbiasa mempermainkan perasaan perempuan,Semakin lama, mereka seolah melupai bahawa soal cinta dan perasaan juga adalah perkara yang akan dipersoalkan dihadapan Allah ta’ala pada hari kiamat kelak.
Mempermainkan perasaan seorang manusia , samada lelaki atau wanita , adalah satu bentuk kezaliman yang jelas sekali ditegah oleh Islam. Bisa lidah boleh menghiris hati. Terluka di hati lebih terkesan dari terluka di tangan atau kaki. Apakah kira2 kezaliman seperti ini tidak akan dibalas oleh Allah?

Begitu juga dengan sebilangan kisah2 lelaki yang merasa seronok apabila ramai yang meminati , kemudian mengumpan dan akhirnya menyakiti tanpa rasa bersalah. Akhirnya sehingga lanjut usia Allah tidak hadirkan pasangan yang dia idam2kan. Bagi wanita bergelar andartu, bagi lelaki mendapat status bujang terlajak.



Hari ini mungkin kita disakiti kerana pernah menyakiti. Bagi yang menyakiti kita, serahkan sahaja kepada Allah. Dia lebih tahu bagaimana mengajar hambaNya. Yang pasti, orang yang menyakiti kita akan turut merasai kesakitan yang sama, bahkan mungkin lebih lagi. Apalah ertinya bahagia dalam kedukaan insan lain? Saya, anda dan mereka mungkin pernah merasai dan melalui- sebagai insan yang belajar tentang kehidupan.

Lupakah kita tentang sebuah hadith yang berbunyi :

” Takutilah doa orang yang dizalimi , kerana tiada hijab antaranya dengan Allah ta’ala"

Fahamilah ia, sebagai pengajaran atas nama ‘ amaran cinta ‘

Monday 21 July 2014

Coretan Khas utk yg berkenaan..

*Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan secara sengaja ataupun tidak sengaja.
Juga-juga kepada perempuan yang telah berjaya bangkit kembali.
Juga buat perempuan-perempuan yang masih terluka...

******************

Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu. Seorang perempuan yang dahulunya engkau biarkan, seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata, seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau minta simpati, seorang perempuan yang boleh ditipu, seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!


Kerana cintanya, engkau mengajaknya melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia. Engkau pernah menghancurkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan terhormat. Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia perempuan berhati lembut. Engkau mengotori cintanya sedangkan engkau tahu cintanya suci. Engkau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat.

Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu. Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu. Tapi, percuma saja perlakuan semua itu. Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi seorang hamba cinta!!

Jika dia suatu masa dulu, seorang muslimah yang terkenal mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak seiring tindakan. Jangan pernah lupa, perempuan terhormat itulah yang telah engkau permainkan hatinya. Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya engkau, dia menjadi seorang yang berbeza, menjadi perahsia terhadap mereka. Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut keceriaannya.

Dan, setelah sekian lama engkau bersamanya, engkau masih tidak menjadikan perhubungan kamu menjadi halal, cuma omogan kosong sahaja ingin melamarnya menjadi isteri.. sehingga menelefon ayahnya mengungkapkan hasrat hatimu. Setelah dia semakin berharap akan cintamu, engkau biarkan dia dalam kebingungan, menanti saat engkau melamarnya. Dan saban hari, engkau biarkan dia dengan tanda tanyanya. Engkau menyatakan engkau masih belum bersedia, tapi mengapa engkau memberi harapan padanya? Mengapa perlu engkau berikan kata-kata manis padanya? mengapa engkau berani berjanji dgn walinya, sedangkan pada masa yang sama kau mengorat perempuan lain? Mengapa tidak kau katakan sahaja yang dia bukan siapa-siapa di hatimu? Mengapa tergamak engkau biarkan hatinya terus menderita? Dan setelah itu, apabila merasa bosan dengan perempuan itu, lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong sampah. Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. Dan engkau katakan pada rakan-rakanmu bahawa perempuan itu adalah 'bekas' cintamu.. BEKAS? tergamak engkau mengaibkan perempuan yang telah banyak berkorban untukmu itu.Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu; iaitu, menghancurkan hati seorang perempuan terhormat! Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah keampunan dari-Nya. Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya.

Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingat  kembali insan berdosa seperti kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa bencana lagi dalam hatinya. Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya DIA. Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi..Dia kini bangkit kembali, membiarkan kelukaan itu sembuh dengan hadirnya cinta Tuhannya..

Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya..!!

Tuesday 15 July 2014

Be strong girl!




kadangkala hati wanita dicalar penuh luka..
ibarat pisau yg menghiris hati manusia..
mengalirkan darah-darah keperitan..
menjadi nanah penyeksaan..
hingga kering tiada berwarna..
punah singgahsana buat manusia yg ingin bertakhta..


buat wanita yg terluka..
usah meratap terlalu lama..
bergenang air mata biar berpada..
aku juga mengerti dan pernah merasa..
bangkitlah demi jiwa seorang wanita..
kau bukan manusia yg bisa diluka sewenangnya..
sampaikanlah pada mereka..



sampaikan pada jejaka itu..
pergimu amat menusuk jiwa wanitaku..
bukan kerna lemah aku mengalirkan air mata..
tapi kerna menunjukkan cintaku itu setia..
dan keikhlasanku dalam bercinta..



sampaikan pada jejaka itu..
aku menangis bukan kerna kesetiaanku dikhianati..
namun aku menangis kerna mencintai jejaka yg tidak memahami erti setia pada hati..



sampaikan pada jejaka itu..
mungkin aku ditinggalkan seseorang yg tidak ikhlas mencintaiku..
namun kau meninggalkan seseorang yg benar-benar ikhlas mencintaimu..
jadi aku tidak akan sesekali menyesali..
aku masih bisa berdiri biar duri menusuk hati..
meski pada awalnya aku tekulai menangisi..


sampaikan pada jejaka itu
jangan kau sangka tangisan aku itu menunjukkan kelemahanku..
namun kerna aku sudah terlalu lama menahan sakitku..
aku menangis sekadar meluah rasa yg sudah melimpah disukmaku..


sampaikan pada jejaka itu..
biar hatiku telah tersakiti..
namun aku punya allah utk aku meluahkan segala si hati..
meski cinta manusia itu fitrah insani..
biar allah yg merawat duka yg kurasai...
dan biar yg mencipta rasa itu yg membawa aku menuju cinta firdausi..
cinta yg ku ulit bersama dia yg ikhlas mencintai..


sampaikan pada jejaka itu..
aku bersyukur rasa itu pernah hadir dijiwa..
meski hati ini luluh kecewa ..
namun aku yakin ada bahagia yg menanti di depan sana..
kerana mendung bukan selamanya..



sampaikan pada jejaka itu
harus kamu tahu..
mencari pengganti itu sulit buatku..
namun tidak bermakna aku masih mengharapkanmu..
aku hanya memilih yg terbaik buatku..
agar cinta ku tidak dizalimi manusia sepertimu..



sampaikan pada jejaka itu..
usahlah terus menyakiti hati wanita..
cukuplah aku yg terakhir terkecewa..
sakit ini tidak bisa tertanggung dijiwa..
mungkin jika saudaramu yg menderita..
baru kau mengerti erti tangisan wanita..



sampaikan pada jejaka itu..
biarpun masa bisa mengubati..
namun  masa tetap tidak bisa menghilangkan parut dihati..
hanya bisa menghilangkan tangisan mata..
namun tidak tangisan hati wanita..



sampaikan pada jejaka itu..
aku hanya bisa memaafkan..
namun  tidak untuk melupakan..
kerna hati wanita sekali terluka..
selamanya meninggalkan tanda..
meski aku telah ketemu bahagia..



sampaikan pada jejaka itu..
biar hati ini dicalari..
namun aku masih punya kekuatan utk berdoa pada ilahi..
moga kau bertemu petunjuk ilahi..
agar jodohmu juga yg diredoi..
kerna jika kau sudah sedari dan menyesali..
insyaallah kau dan aku akan bertemu jodoh yg terbaik dari ..rabbul izzati..


hayatilah ayat cinta dari tuhan yg mencipta rasa cinta insani..
tuhan yg mengetahui segala isi hati.. 


"wanita-wanita yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji(pula). Dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik(pula)."surah An-nur ayat 26



buat kau yg tersakiti
dia bukanlah yg terbaik buatmu..
ada yg tercipta sedang menanti utk merawat dukamu..
sungguh engkau tidak mengetahui rencanaNya..


"boleh jadi yg kamu yg benci itu baik bagi kamu..
boleh jadi yg kamu suka itu tidak baik bagi kamu..
 allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
-albaqarah 216-


buat kau yg terluka..
rawatlah hatimu dengan sabar dan solat..
kau wanita yg kuat..
kerna kita adlah kaum yg pertama syahid..
kerna kita adalah kaum yg memasuki syurga terlebih dahulu..
kerna kita adalah kaum yg melahirkan insan..
dan janganlah kau bersedih dan janganlah kau marah..
sungguh ada allah yg mendengar rintihan dan bisikan mu..



"wahai orang-orang yg beriman! mintalah pertolongan (kepada allah) dengan sabar dan solat kerna sesungguhnya allah bersama orang-orang yg sabar..
-albaqarah 153-

#kejar cinta Allah dulu k, baru la fikir nak kejar cinta manusia
#jgn jd org yg xmenghargai, bila dah tiada baru menyedari

~ mencintai org yang tidak mencintai kita itu parah, tp mensia-siakan orang yang mencintai kita itu padah ~