Saturday, 7 March 2015

Menganggu TUNANG orang

AWAS! Entry ni panjang tau, tp banyak pengisian nya =)

Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera pembaca sekalian. lama dah x menulis blog ni,, rasa macam kaku je tangan.


ok, tajuk hot minggu ni MENGANGGU TUNANG ORANG.
jgn salah faham tentang tajuk ini. tiada kaitan dengan diri penulis. Ini hasil pertanyaan seorang sahabat bertanya

Apakah hukum menganggu TUNANG orang tak kisah la lelaki/ wanita. 

Sebelum tu, ana selalu mendengar tempoh pertunangan banyak dugaan,sbb orang kata orang yang bertunang ni darah manis, ye lah time ni jugak ada banyak penganggu, yang tiba2 datang. Orang ke tiga la, ada orang merisik tunang kita la. kita pandai berubah arah la, suka dengan orang lain yang lebih kacak la pulak =P  Ye la, darah manis la katakan.. ( betul ke? Maklum la belum berpunya kan =P , so, tak tau la macam mana kondisi sebenar)

Ana bukanlah sorang asatizah yang sesuai untuk membicarakan hal ini, tetapi, oleh kerana ada yg bertanya, ana memberi tahu sekadar yang ana tahu dan hasil pertanyaan dengan sahabat2 yang lain, mungkin boleh rujuk dengan yang lebih pakar lagi pasal ni ok?

HARAM mengganggu tunang orang dan HARAM mereka yang dah bertunang mencari orang lain untuk dikahwini selagi mana belum diputuskan ikatan tunangan tersebut.


Kenapa haram YE ??

Ø  TUNANG atau mengikat perjanjian untuk menjadikan pasangan itu sah disisi agama. berjanji. berdosa besar sekiranya memungkiri janji

Ø  Bertunang adalah permulaan mengikat tali persahabatan antara dua keluarga. memutuskan persahabatan itu hukumnya dosa. "tidak sempurna iman seseorang sehingga di mengasihi saudaranya sendiri"

Ø  Pertunangan memberitahu masyarakat bahawa pasangan telah berjanji. malu keluarga jika perjanjian tidak dimungkiri. dan masyarakat akan cemur dan tabur fitnah. "sesungguhnya jauhkanlah diri dari fitnah kerana ia satu ibadah"


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: ‘Siapa menipu dan merusak (hubungan) seorang hamba sahaya dari tuannya, maka ia bukanlah bagian dari (golongan) kami, dan siapa yang merusak (hubungan) seorang wanita dari suaminya, maka ia bukanlah dari (golongan) kami ’.

 (Hadits shahîh diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Bazzar, Ibn Hibban, Al-Nasa-a dalam al-Kubra dan Al-Baihaqi)


لَا يَخْطُبُ أَحَدُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ
Maksudnya: "Jangan salah seorang kamu bertunang ke atas tunangan saudaranya".
Dikeluarkan oleh Malik dalam Muwatta, alSyafie dalam Musnadnya, Ahmad dalam Musnadnya, Bukhari dalam Sahihnya (no: 2033)


SITUASI ZAMAN SEKARANG…




Banyak lelaki masih menaruh minat terhadap perempuan yang sudah bertunang. Alasan bahawa ikatan pertunangan boleh diputuskan bila-bila masa saja sering dijadikan alasan lelaki yang ingin merampas tunangan orang.
Bahkan, perempuan yang bertunang juga mudah terpikat kepada lelaki lain kerana ikatan pertunangan sekadar satu janji dan bukannya rugi apa-apa jika diputuskan.

Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan perempuan sudah bertunang sama seperti merampas hak orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang saling ingin memiliki perempuan sama.
Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan. Maka sesiapa yang memutuskan persaudaraan amat dicela sifatnya. Sesungguhnya ditegaskan tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia kasih saudaranya seperti dia mengasihi diri sendiri.

Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang selepas ikatan pertunangan dibatalkan pihak lelaki. Perkara itu mungkin juga berlaku di atas permintaan pihak perempuan dan dipersetujui pihak lelaki.


Perempuan bertunang juga boleh dipinang jika diizinkan tunangnya. Keadaan ini di mana tunangnya bersedia memutuskan pertunangan jika ada lelaki lain ingin meminang tunangnya. Hakikatnya, pertunangan itu belum diputuskan sehingga ada lelaki lain meminang perempuan itu.


Rasulullah bersabda bermaksud: 

Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehinggalah lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya atau mengizinkannya. (Hadis riwayat Bukhari).


wallahu'alam, sekadar memperingati


13 comments:

  1. Gigih saya mbacanya ... tq post sebagai ayat motivasi diri ini .

    ReplyDelete
  2. Nak tnye .. kalau perempuan yg memang gatal dn tak akan stop ganggu tunang org tu.. apa kita perlu buat ye����

    ReplyDelete
  3. Nak tnye .. kalau perempuan yg memang gatal dn tak akan stop ganggu tunang org tu.. apa kita perlu buat ye����

    ReplyDelete
  4. pegalaman sy mcm ni lah,lagi sebulan nk nikah tibe2 hati bakal isteri berubah di sebabkan org ketiga.sehingga dia mendesak utk putuskan.. sedangkan setiap hari kami bertemu susah sesang bersama. dia lempar sy seperti sampah,ya Allah bertapa peritnya hati ni.. hancur berkecai hati seorang lelaki dgn airmata kesedihan

    ReplyDelete
  5. pegalaman sy mcm ni lah,lagi sebulan nk nikah tibe2 hati bakal isteri berubah di sebabkan org ketiga.sehingga dia mendesak utk putuskan.. sedangkan setiap hari kami bertemu susah sesang bersama. dia lempar sy seperti sampah,ya Allah bertapa peritnya hati ni.. hancur berkecai hati seorang lelaki dgn airmata kesedihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betapa hancurnya hati...sama la keadaan dengan saya..

      Delete
    2. Betapa hancurnya hati...sama la keadaan dengan saya..

      Delete
    3. sama dengan situasi sy...sebulan je lagi...hancur penantian selama 5 tahun

      Delete
    4. kadang2 kita perlu melepaskan daripada terus bertahan. ada hikmah di sebalik kejadian.. Allah nak hadiahkan kita PElangi supaya kita lebih berhati2. ingatlah kafarah itu sentiasa ada =)

      Delete
    5. apakan daya wahai sahabat,kita ini ingin berumahtangga kerana Allah dan dengan keikhlasan.mereka tidak mungkin akan memiliki manusia seperti kita lagi utk di masa akan datang..kita tidak layak untuk wanita seperti mereka

      Delete
  6. Replies
    1. boleh2, di persilakan =) .. lama dah x bukak blog ni,, dlm 5 tahun dh =(

      Delete