Saturday 7 March 2015

Menganggu TUNANG orang

AWAS! Entry ni panjang tau, tp banyak pengisian nya =)

Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera pembaca sekalian. lama dah x menulis blog ni,, rasa macam kaku je tangan.


ok, tajuk hot minggu ni MENGANGGU TUNANG ORANG.
jgn salah faham tentang tajuk ini. tiada kaitan dengan diri penulis. Ini hasil pertanyaan seorang sahabat bertanya

Apakah hukum menganggu TUNANG orang tak kisah la lelaki/ wanita. 

Sebelum tu, ana selalu mendengar tempoh pertunangan banyak dugaan,sbb orang kata orang yang bertunang ni darah manis, ye lah time ni jugak ada banyak penganggu, yang tiba2 datang. Orang ke tiga la, ada orang merisik tunang kita la. kita pandai berubah arah la, suka dengan orang lain yang lebih kacak la pulak =P  Ye la, darah manis la katakan.. ( betul ke? Maklum la belum berpunya kan =P , so, tak tau la macam mana kondisi sebenar)

Ana bukanlah sorang asatizah yang sesuai untuk membicarakan hal ini, tetapi, oleh kerana ada yg bertanya, ana memberi tahu sekadar yang ana tahu dan hasil pertanyaan dengan sahabat2 yang lain, mungkin boleh rujuk dengan yang lebih pakar lagi pasal ni ok?

HARAM mengganggu tunang orang dan HARAM mereka yang dah bertunang mencari orang lain untuk dikahwini selagi mana belum diputuskan ikatan tunangan tersebut.


Kenapa haram YE ??

Ø  TUNANG atau mengikat perjanjian untuk menjadikan pasangan itu sah disisi agama. berjanji. berdosa besar sekiranya memungkiri janji

Ø  Bertunang adalah permulaan mengikat tali persahabatan antara dua keluarga. memutuskan persahabatan itu hukumnya dosa. "tidak sempurna iman seseorang sehingga di mengasihi saudaranya sendiri"

Ø  Pertunangan memberitahu masyarakat bahawa pasangan telah berjanji. malu keluarga jika perjanjian tidak dimungkiri. dan masyarakat akan cemur dan tabur fitnah. "sesungguhnya jauhkanlah diri dari fitnah kerana ia satu ibadah"


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: ‘Siapa menipu dan merusak (hubungan) seorang hamba sahaya dari tuannya, maka ia bukanlah bagian dari (golongan) kami, dan siapa yang merusak (hubungan) seorang wanita dari suaminya, maka ia bukanlah dari (golongan) kami ’.

 (Hadits shahîh diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Bazzar, Ibn Hibban, Al-Nasa-a dalam al-Kubra dan Al-Baihaqi)


لَا يَخْطُبُ أَحَدُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ
Maksudnya: "Jangan salah seorang kamu bertunang ke atas tunangan saudaranya".
Dikeluarkan oleh Malik dalam Muwatta, alSyafie dalam Musnadnya, Ahmad dalam Musnadnya, Bukhari dalam Sahihnya (no: 2033)


SITUASI ZAMAN SEKARANG…




Banyak lelaki masih menaruh minat terhadap perempuan yang sudah bertunang. Alasan bahawa ikatan pertunangan boleh diputuskan bila-bila masa saja sering dijadikan alasan lelaki yang ingin merampas tunangan orang.
Bahkan, perempuan yang bertunang juga mudah terpikat kepada lelaki lain kerana ikatan pertunangan sekadar satu janji dan bukannya rugi apa-apa jika diputuskan.

Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan perempuan sudah bertunang sama seperti merampas hak orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang saling ingin memiliki perempuan sama.
Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan. Maka sesiapa yang memutuskan persaudaraan amat dicela sifatnya. Sesungguhnya ditegaskan tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia kasih saudaranya seperti dia mengasihi diri sendiri.

Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang selepas ikatan pertunangan dibatalkan pihak lelaki. Perkara itu mungkin juga berlaku di atas permintaan pihak perempuan dan dipersetujui pihak lelaki.


Perempuan bertunang juga boleh dipinang jika diizinkan tunangnya. Keadaan ini di mana tunangnya bersedia memutuskan pertunangan jika ada lelaki lain ingin meminang tunangnya. Hakikatnya, pertunangan itu belum diputuskan sehingga ada lelaki lain meminang perempuan itu.


Rasulullah bersabda bermaksud: 

Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehinggalah lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya atau mengizinkannya. (Hadis riwayat Bukhari).


wallahu'alam, sekadar memperingati


53 comments:

  1. Gigih saya mbacanya ... tq post sebagai ayat motivasi diri ini .

    ReplyDelete
  2. Nak tnye .. kalau perempuan yg memang gatal dn tak akan stop ganggu tunang org tu.. apa kita perlu buat ye����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya yg ganggu tunang org ni lbh terppakai dan munasabh kt lelaki....sbb wanita tak boleh dikongsi dua lelaki dlm saru masa.....

      Delete
  3. Nak tnye .. kalau perempuan yg memang gatal dn tak akan stop ganggu tunang org tu.. apa kita perlu buat ye����

    ReplyDelete
  4. pegalaman sy mcm ni lah,lagi sebulan nk nikah tibe2 hati bakal isteri berubah di sebabkan org ketiga.sehingga dia mendesak utk putuskan.. sedangkan setiap hari kami bertemu susah sesang bersama. dia lempar sy seperti sampah,ya Allah bertapa peritnya hati ni.. hancur berkecai hati seorang lelaki dgn airmata kesedihan

    ReplyDelete
  5. pegalaman sy mcm ni lah,lagi sebulan nk nikah tibe2 hati bakal isteri berubah di sebabkan org ketiga.sehingga dia mendesak utk putuskan.. sedangkan setiap hari kami bertemu susah sesang bersama. dia lempar sy seperti sampah,ya Allah bertapa peritnya hati ni.. hancur berkecai hati seorang lelaki dgn airmata kesedihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betapa hancurnya hati...sama la keadaan dengan saya..

      Delete
    2. Betapa hancurnya hati...sama la keadaan dengan saya..

      Delete
    3. sama dengan situasi sy...sebulan je lagi...hancur penantian selama 5 tahun

      Delete
    4. kadang2 kita perlu melepaskan daripada terus bertahan. ada hikmah di sebalik kejadian.. Allah nak hadiahkan kita PElangi supaya kita lebih berhati2. ingatlah kafarah itu sentiasa ada =)

      Delete
    5. apakan daya wahai sahabat,kita ini ingin berumahtangga kerana Allah dan dengan keikhlasan.mereka tidak mungkin akan memiliki manusia seperti kita lagi utk di masa akan datang..kita tidak layak untuk wanita seperti mereka

      Delete
    6. Sama la sepaerti saya..lagi 2bulan nak kawin...tiba tiba bakal isteri main kayu 3 ..katanya saya tak layak sebab saya hanya bekerja sebagai tukang masak.....perit betul hati ini

      Delete
    7. Saya pula, lepas seminggu bertunang.. tunang sy (lelaki) couple dengan kawan baik sendiri.. sekarang ni rata rata kawan kata perjuang kan dulu.. urmm hati pedih bro.. 😭😭😭

      Delete
  6. Replies
    1. boleh2, di persilakan =) .. lama dah x bukak blog ni,, dlm 5 tahun dh =(

      Delete
  7. Mcm2 dugaan bertunang nie. Sblom ni just bace and dgr dari mulut org. Tapi skrg dah merasa. Memang sy syg kat tunang,, tapi at the same time mesti kiter x berape suker ngan perangai dia. Cam suker marah2 kee. Lagi 3 bulan nak kawen,, tetiba ader org ke 3.. Org ke 3 nie penah msg sblom sy bertunang- dia msg bulan 12 tahun lps, sy buat tak layan(sy ckp dah kawen) ,, tapi msg lagi bulan nie. Sy musykil knper dia msg lagi. And tup tup dia dpt tahu sy x kawen agi. Ape lagi dia, ngurat sy lar. Sy terus terang sy dah tunang. Tapi dia berusaha lagi nak dptkan sy. Dia kater dia mimpi name sy dlm istikarah dia,, sbb tu dia cari duit kat fb. First tu memang x cayer,, and sy ckp dia tipu sy. Tapi dia kate lillahi. Lagi lar sy percaya walaupun ambik mase sy nak terima dia citer tu. Dia bukan biase2, keje kat oil and gas,, kacak,bace quran pergh sedap giler, romantic.. Sumer ader laa. Memang beza ngan tunang sy tu. Belarutann dekat seminggu. Sy abaikn tunang sy tu dlm tempoh tu. Org ke3 tu suh fikir btol2. Suh pilih antara dia atau tunang. Sy ambik mase utk Buat istikarah. Time tu x bermaya, fikir nak pilih dia, tapi takut lukakn hati tunang. And harini org ke3 tu lpskn sy. Sy rase tenang sgt. Tapi still lagi sy curious aper maksud di sebalik mimpi dia tu.Wallahu'alam. Hanya Allah yg tahu. Harap dia dah x cari sy. X sangup hidup camtu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis...lelaki yg baik...klu dh tahu yg saudari nibtunang org dia akn stop try/ganggu......mimpikn saudari tak boleh jd hujah/dalil....dlm agama mimpi bukn hujah..mimpi hnya berita/buruk....itupun kna ditafsirkn dgn ilmu yg dipndu org soleh...itupun dgn syarat tak boleh mnyanggahi dalil2 sahih yg ada.....mnganggu tunang org hadis sahih jelas kata haram...dlm mimpi duk nmpk tunang org....antara hadis nabi dan mimpi konfem hadis nabi yg utama..dan mimpi tak boleh menafikn/mmbatalkn hadis tersebut bhkn tak lyak pun nk diseiringkn, hnya mainn tidur..klu mimpi jd hujah rosak dunia dan syariat...bygkn klu ada lelaki mimpi isteri org kononnya slps istikharah..ni semua helah nk halalkn apa yg Allah haramkn

      Delete
  8. Cari name sy kat fb ** bukan cari duit. Haha.. Typo teruk

    ReplyDelete
  9. Awak okay lagi.. saya ni semua persiapan kawin nak siap dh.. tapi dia berubah. Allah tu maha kuasa mungkin dia nak tunjuk yang selama ni tunang saya curang dgn saya. YaAllah sedih hidup saya. Selama ni dgn dia hidup susah senang. Macam tu je hubungan kami retak disebabkan orang ketiga.

    ReplyDelete
  10. Saya lg la, 3bln nk tunang sy putuskan pertunang becoz si lelaki buat endah tak endah pasal nk kawin.. so sy ambik keputusan tuk putuskan dr melangkah lebih jauhh y pertunangan cuma ats nama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana saudari tau tunang saudari buat xendah...kalau da smpi nk menghalalkan ..mesti la dia syg dan nk menjadikan saudari sah buatnya

      Delete
  11. Sy myintai sorg llki ni..tnjuk baik,slu tgur salah silap sy..tup2 tw tunang org.mcm nak tcabut hati bila tw llki yg kite syg adalah tunng org weii...bkali2 sy mghilangkn diri tapi dia tetap jumpa sy..apa harus sya lakukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita awk....macam cerita saya... Layan saya mcam bagi haraan... Last2 bakal nak bertunang dengan lelaki lain ... Sayu je hatu

      Delete
  12. hbungan tunung xpts lgi,tpi tunang ad org laen..terang2 dn jelas..smpai hri nie dia snyp.xde bgi pn kata pts,,sdih tunang sdri buat mcm nie😭

    ReplyDelete
  13. Allah nk bg kite yang lebih baik.. Sbb tu tunjuk kat kite awl2.. Sebelum kahwin kite tau.. Kalo selepas kahwin kite tau lg parah.. Saya pun putus tunang 4 bln sebelum tarikh kahwin kite org.. Syg mmg sayang. Smpi skarang still pkir lg sbb effect mkn.. Xpe.. Allah tu syg kite.. Dlm Islam tu wujud kifarah.. Skarang dia buat dkt kite.. Esok luse mgkin kena balik kt si perampas tu.. Kite kalo dah ade pasangan, niat tu kena btul.. Jgn permainkan org.. Igt.. Dosa dgn Allah dia bole mntak ampun.. Dosa sesama manusia ni hanya kite je bole ampunkan dia..

    ReplyDelete
  14. Sy n gf dh berkawan 3 tahun. Kami dh rancang nk kahwin hujung tahun ni.tiba2 parents gf sy Dh plan nk tunangkan dia dgn org lain.mcm mna ya klau nk kahwin tapi hati pd org lain.dia pon tgh serabut.

    ReplyDelete
  15. Salam. Saya nak minta pendapat, teman lelaki saya sudah pun bertunang dengan wanita lain. Dan skrg dia ingin melangsungkan pertunangan dgn saya pula. Tetapi dia tidak berniat utk meninggalkan tunangnya itu malah berjanji untuk menikahi kedua duanya skali walaupun tunangnya tidak mengizinkannya.Jadi bagaimana pula ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awk sebagai perempuan, sanggup ke untuk berkongsi kasih suami? jika awk betul2 ikhlas dan x kesah ok la pada awk...
      tapi awk kene padang kepada semua sudut..
      1) adakah bf awk tu mamapu dari segi nafkah.. kalau gaji 3k nk tanggung 2 isteri.. baik awk pikirkn balik.. walau pun awk bekerja nafkah tu tetap tangungjawab suami.. dah kahwin nnt duduk mane? mesti rumah nk asing2..
      2) perasaan tunang bf awk tu.. adakah dia boleh menerima? kalau awk dan tunang bf kahwin jugak tanpa kerelaan hati tunang bf.. awk rase boleh aman ke rumah tangga? mungkin lama2 tunang bf awk tu boleh terima hidup berpoligami.. tapi faham2 la dugaan yg bakal dihadapi..
      3) keluarga awk, bf awk dan keluarga tunang bf awk boleh terima? dptkan keredhaan semua pihak... insya Allah dipermudahkn.

      Awk mungkin adalah salah satu dugaan kepada bf and tunang bf awk dlm membina sebuah masjid.. dan mungkin selepas mereka diijabkabul, awk bukanlah sapa2 pada bf awk.. sesugguhkan syaitan akan menampakkn yg buruk itu cantik dan yg cantik itu buruk..

      Cari suami carilah yg boleh memimpin dan boleh membawa kita kpd kebaikkn... nilai betul2 situasi sebelum membuat keputusan.. istikarah dan banyakkn mengharap pada Allah.. Wallahu a’lam

      Delete
  16. Klu sudah terlanjur dan sudah mempunyai ank luar nikah dgn pasangan kite...ape yg patut kite buat yeeee...tlg bantu sy selesaikan masalah ni..

    ReplyDelete
  17. Salam..nk tnye.. kalau mengikat perjanjian untk mnjadi pasangan dlm bentuk chat tpi tidak pernh berjumpa.. Adakh ia dikira telah bertunang.?

    ReplyDelete
  18. kalau saya pulak saya tk terima pun dia tapi dia yang menghebahkan pada orang ramai saya ni tunang dia.adkh sy dikira bertunang juga dgn dia.mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunang nie macam perjanjian.. dua2 belah pihak kene setuju.. kalau awk x setuju, maka bukan la tunang... tapi awk kene bertegas dekat dia yg awk x setuju.. lepas tu block dia terus.. hahaha.. jgn layan terus... walaupun sedikit...

      Delete
  19. Dan sy sdg mgenali seorang yang lain yg sdg nak halalkan sy,haram ke bg sy kalau disunting orang lain ni?

    ReplyDelete
  20. jika dia pernah ckp/ msj awk nk ambil awk sebagai isteri dan awk bersetuju maka awk sebenanye da jadi tunang dia.. jadi awk x boleh mengenali orang lain selain tunang awk... tetapi jika ada orng lain dtang kpd awk dan melamar awk, awk kne terus terang dengan dia yg awk dah bertunang dengan orang lain.. Kalau lelaki baru nie x tahu awk da bertunang masih di maafkn sbb x tahu... tapi jika dia tahu awk da bertunang, maka haram la perbuatan meminang awk... Wallahu a’lam

    ReplyDelete
  21. Dugaan bertunang ni sangat besar sama mcm sy alami.. Perkenalan sy dgn tunang hampir 8 tahun sehingga kami mengikat tali pertunangan.. Baru beberapa bulan bertunang datangnya orang ketiga.. Hati tunang sy berubah sampai terlalu syg sngt pada perempuan tu. Sampai satu tahap sy teringin nk jumpe perempuan tu dan menyatakan kami sudah bertunang. Respon yg saya dapat adalah dia kate ' tunang kamu nk kan saya, saya xboleh buat ape2' kirenya dia dah tahu hubungn kami tapi masih nk mengangggu hbungan kami.. Sy nmpk perubahan yg sangat ketara pd tunang sehingga kami pergi berubat darul syifa' menyatakan kami terkena sihir pemisah.. Tunang sy xpercaya langsung perbuatan perempuan tersebut.. Ini bukan skli brubat.. Banyak tempat lain mnyatakan prmpuan ni yg buat.. Sampai lah dlm tempoh tunang saya tak tahu rupenya tunang sy dh terlanjur dgn perempuan tu dan mereka bernikah. Perkara ni dirahsiakan sehinggalah setahun seolah olah tiada ape yg berlaku.. Pernikahan mereka berlangsung secara senyap dan kluarga pihak llaki tidak tahu langsung.. Tunang sy bernikah dgn mmblkagkan ibu ayahnya sendiri dan sy xdpt kabar angin tntg pernikahannya.. Pernikahan mereka hnya bertahan 2 bulan sahaja dan bercerai.. Tunang sy layan sy seperti biasa sebb ketika itu dia berstatus duda sehingga sekarang.. Sehinggalah Allah nk beri petunjuk saya nmpak tunang sy curang.. Tapi sy knl perempuan tu.. Ade yg mengatakan sy perampas suami orang sedgkan sy tidak tahu apa apa atas nama Allah sy dikhianati seteruk itu, menabur fitnah tentang sy sedgkan mereka dh bercerai.. Sblum ni sy perasan layanan tunang pd sy sngt baik semuanya berjalan dgn lancar sehingga sy bersuara bila kluarganya nk tetapkn tarikh nikah.. Terus berubah sehinggalah kami putus tunang dan tunang sy bgthu dia akan bersama smula dgn bekas isterinya. Ya Allah hati ni terlampau remuk seolah olah bebanan pada bahu saya. Sy dikhianati, dianiaya dan telah berjanji utk menikahi sy.. Merasakan maruah sy ditindas tanpa belas kasihan.. Hinanya saya dimata perempuan itu dan bekas tunang sy.. Sy ingin bernikah ikhlas kerana Allah.. Segala kebaikan yg diberi dibalas dgn kejahatan.. Kpercayaan diberi dblas dgn pengkhianatn.. Janji itu bahkan dimungkiri.. Bhgiakah mereka mmbina rumahtangga atas derita org lain. Allah sahaja mampu mmbalasnya.. Buat perempuan tu, tahniah memisahkan kami dgn gunakan cara kotor. Semoga Segala fitnah yg dilemparkan pd saya akan ade pmbalasannya.. Buat ex tunang saya semoga kamu dapat lihat kebenaran yg sebenar.. Pmpuan yg kamu snjung itu akan jdi paling hina suatu hari nanti.. Persoalan saya, adakah sy ini perampas suami orang???

    ReplyDelete
    Replies
    1. awk pm sy jap, sy kena mcm awk, nk tanya berubat kt mana.. pm sy sesamestreet1194@gmail.com

      Delete
  22. Saya selalu bercakap dan dan bergurau pasal tunang dan kahwin . Tpy die selalu ckap klu kahwin tu xpyh pkai duit , dh lama dah die masuk minang saya . Tpy sebenarnya saya xthu sama ada die tunang org lain ataupun bf org lain . Cuba bagi pendapat

    ReplyDelete
  23. saya cuma tak mengerti kami saling mencintai tapi ia menyetujui bertunang dengan orang lain hanya kerana pilihan ibubapa.dia tak cinta terhadap tunangannya kami saling mencintai tapi aku hanya meratapi luka melihat dia di depan mata aku bertunang..dia juga tidak setuju akan pertunangan itu,tapi apa kan daya permintaan seorang ibu itu berat untuk di tolak.walau dalam kesakitan hati ketika di hari pertunangannya ia terpaksa ..justru saya tak tahu hati siapa yang lebih sakit aku atau dia ...kerana kami saling cinta .tapi cinta terhalang oleh orang lain..pasangan ku di rebut orang lain..saya cuma minta idea bagaimana cara untuk saya tidak mengingati masa msa kami bersama ..kerna ia sentiasa bermain di fikiran dan membuat aku sentiasa termenung dan merasa sakit hati yng sakit..tolong aku..aku nak teruskan hidup walau tanpa dia..

    ReplyDelete
  24. Situasi sekarang...saya berkawan dgn seorang lelaki yg sama tmpt kerja dgn saya....ramai yg mngatakn bahawa dia da bertunang...tapi apabila saya bertnye pada dia...dia mmbritahu bahwa dia mmg pernah bertunang tpi dia sudah brputus ngn tunangnya ats dasar masalh pribadi....saya masih ragu2 dgn dia... Jarak umur kami tidak berbeza...saya mmbritahu dia bhawa saya xkisah brkawan ngn sapa2 aslkn bukn tunang org...spikulasinya skrg dia sprti mnyukai saya tpi saya x pasti perkara ini benar atau tidak...Dan dia prnah brkata akaknya sndiri mnggunakn ayat tunang kpada org lain krne dia tidak mahu adiknya kenal ngn org luar...saya masih ragu2 dgn dia...jadi bole x tolong bgi pndpt ngn situasi yg saya hdp skrg

    ReplyDelete
  25. Tahun 2020 patutnya aq dh nikah..tp bln 6 tu tunang aq minta putus..alasan xda kesefahaman..puas aq pujuk..padahal aq ok ja...katanya lg sbelum tunang dia mmg rasa ragu2 dgn aq..Allah sja tau mcm mna sedih bila dia ckp bgitu sdgkn aq jujur nk nikah dia..baru2 dia bgtau dia nk nikah dgn orng lain sdh..bln 1 ni tahun 2021..sungguh aq terkejut dn sedih..bgitu cpt..dlu masa tunang dia ada bgtau ada llaki ni minat dia..kacau2 kt tmpt kja dia..tp aq percaya sngt dia masa tu..x sangka dia nk nikah dgn llaki tu pula..aq x sanggup hadapi perasaan ni..aq btul2 sedih smpai skg..aq btul2 nk nikah dgn dia tp lain pula jd..hancur hati aq..xtau nk bt apa lg��..smpai skg sy sngt rindu dia..aq x sanggup rasa perasaan ni..orng yg aq syg dn btul2 percaya tiba2 perasaan dia berubah sekelip mata��..dia langsung x peduli aq lg��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersabarlah, kuatkan semangat. bukan mudah nak terima semuanya. Tapi kena ingat semua yang berlaku semua kehendak Allah. If Allah loves you more, HE test you more. Allah tau awak kuat untuk hadap semuanya. Ingatlah, tulang rusuk takkan pernah tertukar. Sebutlah Alhamdulillah atas ujian yang awak hadapi sekarang, tak semua orang diuji mcm awak. Allah tahu awak kuat. Untuk bangun dan bangkit seperti sedia kala perlukan masa, ambillah berapa lama pun, but at the end of the day, you will be okay. Mengadulah pada Allah yg satu. Kerana cinta yg agung hanyalah pada Allah. Moga diberikan ketenangan hati inshaAllah. ♥

      Delete
    2. Betul apa kamu ckp..Allah sayang dan sebenarnya Allah pilih kita..diberikan ujian supaya kita menyebut namanya..insyallah akan diberi yg lbh baik dr sblum ni..

      Delete
  26. Kalau lelaki tu dia tak tahu pun prmpuan tu dh bertunang (incase prmpuan tu sndiri pun tak tahu dia dh bertunang) so adakah lelaki itu dikira berdosa sbb kacau tunang org?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tahu kna putuskn....hukum Allah tak boleh main2....masa tak tahu tu mohon ampun.......

      Cuma antara yg kita semua kna perhatikn blik adalh mnjalinkn hubungan cinta ...sbnrnya mnjalinkn hubungan ni bila dh halal...takde istilh hubungan selagi blum halal, yg mungkin ada perasaan cinta, cinta kpd seseorg yg lawan jenis itu fitrah tetapi mnzahirkn cinta itu mesti dh ada ikatan (suami isteri) tp trend yg berlaku hari ni couple/dating sblm nikh/bercinta sblm nikh.....jd kt situ dh tak btul....klu trend tu diubah misalnya klu mna2 lelaki berkenan/jatuh hati kpd seseorang wanita masuk melamar ,masa melamar tu lh akn ketahuan wanita tu dh berpunya ke blum....bila dh jelas status wanita tu bru hubungan boleh dilnjutkn.....bukn bercinta bgai nk rak , lps tu bru tahu itu tunang org mmg frust menonggeng lh...apapun hukum tuhan kacau tunang org tu salh selagi mna kita tahu itu tunang org.....kita tahu..kita mklum...klu tak tahu tu kira tak sngaja

      Delete
  27. Kalau lelaki tu tak tahu prmpuan tu dh bertunang(incase prmpuan tu pun tak tahu dia dh bertunang) so adakah lelaki itu dikira berdosa sbb kacau tunang org?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://xpdc-ali.blogspot.com/2011/01/ustaz-azhar-idrus-dan-hukum-meminang.html?m=1

      Delete
  28. Saya ade kenal sorang lelaki dan saya da bercinta dengan dia. Selepas 4 bulan bercinta baru saya tahu yang dia da bertunang tapi atas keluarga. Saya buntu tapi saya nak tingglkan saya sayang sebab dy da ajak saya kahwin dalam masa yang sama dia da jumpe fmly saya. Dia bertunang atas aturan keluarga dan bercinta dengan saya untuk mengelak berkwin dgn tunang yng diaturkan oleh keluarga. Saya buntu sekarang ni 😭

    ReplyDelete
  29. Selamat hari semua, nama saya Aria Nuno saya berasal dari singapura saya ingin mengucapkan terima kasih yang besar kepada Dr Ajobi atas kekuatan magis yang dia gunakan untuk mengembalikan ketenangan kembali ke perkahwinan saya. Setelah 7 tahun berkahwin dengan suami saya, Encik Nuno Fernando, dia memutuskan untuk meninggalkan saya dan dua anak saya untuk wanita lain, ketika saya melayari suatu hari Isnin pagi, saya melihat sebuah pos mengenai Dr Ajobi bagaimana dia menggunakan kekuatan ajaibnya untuk membantu orang yang saya putuskan untuk menghubungi dia untuk pertolongan juga saudara dan saudari saya percaya Dr Ajobi memberitahu saya apa yang harus saya lakukan dan wang yang dia minta saya bayar untuk membeli bahan asli untuk kerja saya setelah 7 hari suami saya yang tidak menelefon, dipanggil untuk mengatakan maaf kerana meninggalkan saya dan anak-anak. Sekarang kami bahagia hidup bersama seperti sebelumnya saya katakan Tuhan memberkati anda Dr Ajobi atas karya yang luar biasa. Dr Ajobi juga membantu dalam masalah berikut:
    1. JIKA ANDA INGIN MENYEMBUHKAN KANSER
    2. JIKA ANDA INGIN MENYEMBUHKAN DIABETES
    3. JIKA ANDA INGIN MENYEMBUHKAN STROKE
    4. JIKA ANDA MAHU KEMBALI EX ANDA
    5. JIKA ANDA TIDAK BOLEH MENINGGALKAN WANITA
    6. JIKA ANDA TIDAK BOLEH MENDAPAT KEHAMILAN
    7. JIKA ANDA INGIN PROMOSI BERGANDA DI TEMPAT KERJA ANDA
    Maklumat hubungan Dr Ajobi adalah seperti berikut:
    NOMBOR TELEFON: +2349059178529
    NOMBOR WHATSAPP: +2349064706881
    ALAMAT E-mel: drajobispell@outlook.com

    ReplyDelete
  30. Kisah saya skrg ni, sy dh bertunang.. Tunang sy (perempuan) skrg berada di Singapore, kami bertunang dah 3 bulan,, hubungan xdpt berjumpa disebabkan urusan kerja, lg2 musim covid skrg ni... Mcm mana nk atasi, tunang sy dh jatuh hati dgn laki lain,, sekelip mata dh berubah,, mmg dugaan tu wujud, skrg sy tgh alaminya,, mcm x percaya,, selalu nengok kisah org, skrg tiba giliran sy pula... Sy masih pertahankan hubungan ni,, kami akan bernikah tahun hadapan,,, kalau ada tips nk lembutkan hati pasangan, boleh bg tau ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertahankn...bgus.....sbb tuan dipihak yg benar adapun lelaki yg cuba oengaruhivtunang tuan tu yg salh dan berdosa besar....

      Delete
  31. Satu penulisan yg baik....fokus tajuknya mnjelaskn tentang haramnya kita melamar diatas lamaran org lain atau meminang atas pinangan org lain.....sbgmn disebut dlm sahih muslim


    لاَ يَبِعِ الرَّجُلُ عَلَى بَيْعِ أَخِيهِ وَلاَ يَخْطُبْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ إِلاَّ أَنْ يَأْذَنَ لَهُ

    Maksudnya: Janganlah seseorang itu membeli atas pembelian saudaranya dan janganlah meminang atas pinangan saudaranya yang lain kecuali jika diizinkan.

    Riwayat Muslim (1412)

    Keharamn meminang pinangan org lain sama mcm haram mmbeli diatas pmbelian irg lain, mksudnya klu sesuatu barang tu dh ditemph, pmbeli dh byr duit pndahuluan dan dh berlaku saling meredhai/rela (sptmn syarat pnjual dan pmbeli) tiba2 kita dtg kemudian(pmbeli kemudian) cuba beli brg tersebut dgn menawarkn harga yg lbh tinggi kpd pnjual atau bhs mudhnya cuba merosakkn akad jual beli yg dimaterai pnjual dgn pmbeli pertama ..ini satu dosa besar.....yg perlu dielakknkn ...menaruh minat kpd wanita yg sudah bertunang perlu dielakkn kerana mnjalinkn hubungan dgn seseorg yg dh bertunang mngakbatkn permusuhn dan perbalahn....yg mngakibatkn putusnya silaturrahim sbgmn hadis tidak mncium bau syurga bg mereka yg memutuskn silaturrahim.....mnjalinkn hubungn dgn wanita yg status tunang org /bini org mmg konfem akn outuskn silaturrahim sbb wanita tak boleh berkongsi dua lekaki/lbh dlm satu masa yg sama....jd ni point2 utama penulis...adapun komen2 dibawah yg cerita pngalamn'putus tunang, lg sebuln nk khwin tiba2 bgtu begini".....pada saya nk komen tu biar serasi dgn tajuk....tajuk haram meminang pinangn org lain atau bhs pasar haram kacau tunang org...bukn hikmah disebalik putus tunang.....

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum, saya nk tanya pendapat.. apa yg perlu dibuat sekiranya tunang merasakan dirinya sebagai perampas… walhal saya dgn ex dah putus pada september lepas… dan saya bertunang awl bulan… msalahnya skrg, tunang macam mengelak hendak berjumpa dan berhubung dgn saya… apa yg patut saya lakukan?

    ReplyDelete